12 November 2018

28.10.2018

Sedar tak sedar, dah nak masuk dua bulan saya bekerja. Alhamdulillah, tempat baru, suasana baru, kawan kawan baru. Harapnya dapatlah bertahan untuk setahun ni sebelum berfikir untuk cari kerja baru. Waktu kerja tak menentu, shift 24/7, sementara masih bujang ni okay lagi, tapi dalam perancangannya setahun dari sekarang pula lanjutan majlis yang baru berlansung dua minggu lepas.

Ada masa macam tak percaya. Lepas 6 tahun bersama, momen jatuh-bangun teruk dulu, kami masih dijodhkan bersama. Betul kata orang, jauh mana kita lari, datanglah seribu dugaan, kalau dia orangnya, kita akan sama-sama usaha untuk baiki hubungan dan jadi lebih baik untuk masing masing.

Jadinya, setahun dari sekarang, mungkin akan tukar status lagi. Kalau diizinkan Tuhan. Moga-moga. Doakan ya.