28 November 2010

Tulus dari jiwa


Betapa kosongnya jiwa,rindunya rasa. Semua orang mahu bahagia,si gadis juga sama. Jiwa dia masih terseksa. Hidup di tengah kota penuh lautan manusia bikin hati mudah goyah bagai lalang yang kian tunduk mencecah bumi. Repekan suara suara asing kerap ganggu dia. Tidur malam selalu tak lena. Nasib lah tak mengganggu study. Manusia apa yang dah bikin hidup si gadis jadi tak keruan? 

Gitar dia petik,alunan melodi asyik berlagu. Damai rasa,tenang jiwa. Bait lirik syahdu buat si gadis terkenang zaman indah mereka.Hilang segala duka jiwa.

*senyum

Kembali dia ke alam realiti! Mimpi dan angan angan memang indah. Siapa tak pernah angankan hidup ala ala cerita dongeng? Hidup bahagia selamanya bersama cik putera idaman. Tiada manusia yang dengki,busuk hati. Kalau ada pun pada pengakhiran cerita mereka tetap bahagia. Kenapa realitinya tak begitu wahai sang teruna?

Satu pesanan ringkas kiriman si dia dah buat jiwa si gadis bahagia bagai terbang di awangan. Tapi sekarang ego nya tinggi,lagi luas dari lautan. Ada masa dia rasa macam mau jadi lelaki,jiwa kental,hati kebal,ego melampau. Lelaki kan boleh tukar perempuan macam tukar baju. Yang kat sini tak mau,sana ada. Yang sana dah bosan cari la baru. Bila dah bagi kata pujuk rayu lepas tu tiba tiba rasa macam tak kena dengan jiwa bagi la ayat konon berlapik "Sorry you,i rasa kita tak serasi. Macam tak ada kimia,you dengan i tak boleh bersama". Ayat tahi semua tu,tak suka cakap awal awal lah.

Manusia,memang pandai mencipta alasan yang kadang kadang tak masuk akal,lebih kepada makan diri. Andai berlaku sesuatu,akal di kerah,sel sel otak terus di-link kan untuk memikirkan idea idea yang tak tercapai dek akal demi menutup kesalahan diri. Klise! Itu memang lumrah hidup manusia. Mereka mungkin sama tapi berbeza. Masing masing perlu masa untuk perbaiki diri. Si gadis juga faham tu.

No comments: