23 May 2011

Siapa makan cili dia sakit perut.

Semenjak dua menjak tiga menjak cuti semester ni kebolehan aku untuk mencipta peribahasa yang indah lagi sedap pada pandangan mata semakin menjadi jadi. Tapi kan kira betul jugak laa ye dak? Siapa makan cili dia rasa pedas, lepas tu sakit perut jugak la.

Okay aku mengaku, sebagai seorang manusia yang handsome lagi menawan kan aku mesti punya keistimewaan tersendiri. Yeah! Aku memang seorang yang berani, tidak gentar pada apa saja ujian*tipuuuutahapgaban. Tapi kredibiliti manusia sehebat aku ni kadang kadang mampu diancam oleh benda benda yang sangat tak patut buat aku terancam.

Serangga dan juga reptilia adalah makhluk paling cool bagi aku. Sebab apa, hanya spisies mereka je mampu buat aku menggelupur sampai berbuih mulut. Serius! Serius aku tipu. Lagi? Perokok. Mereka yang berbibir hitam, bergusi ungu serta bermulut bauan nikotin sangat menggugat kemachoan aku. Bila dorg hembus asap kepul kepul tepat ke muka aku. Aku rasa macam nak pengsan dekat situ jugak. Memandangkan takda orang yang akan larat nak angkat aku kalau aku jatuh pengsan, aku berlagak gagah tapi dah siap peluh peluh lagi. Abang abang smoker, maaf laa saya tak mampu berhadapan dengan andaa.

Manusia handsome kan memang sangat sukaa pada aktiviti aktiviti extreme. Contohnya main lompat bintang sambil kunyah pisang goreng. Main polis and tree (read: police and thief) sambil kenyit kenyit mata dekat anak pak man yang jambu. Main kejar kejar dengan budak umur tiga tahun. Extreme kan? Kalau setakat naik bungee jumping, flying fox semua tu ahh tak mencabar langsung.

Masuk rumah hantu lagi ah kan. Alaaa, apa ada hal. Tak gentar lah. Aku pernah masuk rumah hantu yang takda hantu pun. Tu pun dah meraung, takat gantung mop je. Habis tercabut tudung orang aku tarik. Jadi untuk menjamin kesejahteraan kalian aku pun kategorikan masuk rumah hantu sebagai aktiviti yang tak extreme. Cerita hantu pun aku tak tengok, bukannya apa aku tak minat la cerita hantu ni. Bukan sebab takut tau tau. Cuma nya aku rasa takdaa feel jee. Faham tu? Bagus! Bye.


Sumpah sakit perut, i kena diarrhea la u'olls.

7 comments:

hanaahmad said...

ape kau membebel ni pepagi ni budak kecik? ekekek. naik roller coaster pun tak xtreme der. haahaha

pemuzik jalanan said...

Haha ntah laa orang tuaa ;p
Sepp! A ah naik roller coaster pun samaaa.

amir said...

aku rasa zaman budak-budak ekstrem dah lama habis. sekarang zaman budak-budak hipster ironi sarkastik berlapis-lapis. tapi biar saja lah... budak-budak baru belajar, kalau salah kita jolokkan. ;)

penulis.sahaja said...

haha. okay. aku xtahu apesal aku baca blog kau, then terus senyum sorang-sorang.

pemuzik jalanan said...

@amir
Kannn! Budak sekarang tak best macam kita.

Btw, kalau salah tolong jolokkan?
Kau biar betul sikit. Haha tolong tunjukkan laa ngeng.


@penulis.sahaja
Kau dah gilaa la tu.
Gilakan aku hahaha.
Okay bye.

.drakula. said...

aku cuma suka pecahkan cermin tingkap di sekolah jer...

pemuzik jalanan said...

@Republic Aku
Haa aku pernah jugak pecahkan cermin tingkap sekolah tapi secara tak sengaja. Haha kau mmg awesomeee laa.