22 July 2011

Wishlist.

Aku tengah study organic chemistry ni. Balajar secara serius. Serius. Isnin ni dah exam. Alahai. Banyak betul kena hafal. Reaction dia pergh macam nak hafal resepi tahu? Jadi aku pun terpikir. Kalau aku kahwin sekarang, selesai la masalah. Yedak? Mari mulakan sesi angan angan.

Aku tak nak kahwin grand sangat kita buat biasa je. Kalau boleh tanak katering. Panggil orang ramai kita gotong royong. Masalahnya duduk tengah kota macam aku nih kiri kanan depan belakang susah nak cari melayu. Ada la tiga empat rumah orang melayu. Jadi takkan menu aku nak masak babi panggang pulak kan? Haha. Okay, kita ambil katering jelaa.

Warna. Aku nak buat warna gothic tapi tak macam kenduri kahwin pulak nanti. Alih alih orang ingat kenduri tahlil pulak kan. Kalau camtu, aku rasa nak buat tema pelangi lah. Nampak tak suasana perkahwinan tu? Riang ria je. Macam aiskrim paddle pop giteewwww.

Hantaran? Yes! Hantaran tak payah banyak sangat. Yang penting, pertama gitar semi-acoustic kalau boleh belikan amp sekali. Kedua, aiskrim. Ye aiskirim banyak sikit eh. Cair? Pandai pandai la, maknanya kena provide peti ais sekali. Ketiga, kereta mini cooper s. Kasi auto eh, sebab manual tak berapa nak confident. Keempat, cukuplah tu. Tengok sikit je hantaran aku. Banyak banyak membazir. Haha.

Nampak tak? Nampak tak aku ni bukan jenis materialistik. Tu laa. Tak payah nak wedding of the year sangat laa. Lek luuu.

Siapa nak kahwin dengan aku? Hee...

14 comments:

Mehmed - said...

aku nakkk! Ahaks! agak-agaklah,mini cooper tu.aku mana mampu. hahaha!

jangan angan-angan sanagt,dah gi study yuha wehhh hehe!

pemuzik jalanan said...

Haha alaa sekali sekala. Okay la untuk kau aku discount. Myvi je okay? Haha.

Baikkk! Aihh mari belajar!

ghost said...

weh hensem...

apa kau ingat nak buat majlis kawen nih macam nak gi buat tour show ker?

high demand betul..haha

pemuzik jalanan said...

Alaa okay la tu. Aku pelopornyaa huahuaa..

Mana adaa high demand. Aku mintak tiga je ghost. Tigaa jee. Jom! Haha

ghost said...

aku budak miskin yang takde tabung syiling...uh

cik ciput said...

mak aih..hantaran dia..nama je 3, tpi mahal nak mampos kottttt....hahaha..dik, leh je nk kawen hntran gtu..try ar ushar anak2 dato' ke, tan sri ke..erk!

*kalau duit bnyk tpi hti x senang pon watpe ye dak..

Nazryn Mishar said...

gitar ngn amp .
eskem ngn peti sejuk .
mini cooper yg auto .
sume ade barang pelengkap .
cekgu ekonomi aku cakap barang pelenkap ni keluk mencuram keatas .
demand tinggi . haha . :p

intan.maisarah said...

tak yah catering
buat kenduri kawin kat mcD lagi senang
takde sepah sepah nk sewa kemah bagai

pemuzik jalanan said...

@ghost writer
Alolo lek sudaa :)

@cik ciput
Hee saja je kak. Kataa berangan mesti le kenaa upp. Tanak kawin anak dato. Tak shukewww.

pemuzik jalanan said...

@nazryn mishar
Sekali sekala demand takpaa weh :D

@intan maisarah
Mana awesome buat dekat mekdi. Bwekk! Tak sedap laaa. Baik lagi buat kat dominos je. Delivery haa.

Edy said...

first wedding takyah grand sgt laa.

tunggu divorce, dah jadi janda hot, ada jejaka hensem/kaya/berpengaruh/terkenal dtg minang, barulah dijalankan perkahwinan tu macam perkahwinan diraja.

Lek luuuuuu. HAHAHAHA!

pemuzik jalanan said...

Sampai hati kau doakan aku jadi janda kan..

TANAK!

Edy said...

rilek.

kutunggu jandamu :)

KAHKAHKAHKAHKAH!

pemuzik jalanan said...

Otak kau! Haha sukati jee -.-