29 March 2012

Baby mahupun babi.

Ini bukan cerita seorang bayi yang bertukar menjadi babi, mahupun cerita seekor babi yang bertukar menjadi bayi. Ini cerita budak umur sepuluh tahun yang mulai jatuh cinta. Sebabkan dia masih terlalu budak aku tak boleh klasifikasikan cerita cinta dia sebagai cinta monyet. Ni kiranya cerita cinta anak monyetlah.

Umur sepuluh. Lokasi, sekolah agama.

Tengah sedap dia duduk melepak dalam kelas dengan muka garang, tiba tiba ada satu surat datang dari lelaki hitam manis, boleh tahan hensem mukanya duduk di bahagian tepi. Dia cuba berlagak tenang, buka surat, baca.

                 Awak, saya suka awak. Awak suka saya tak?
                 Awak suka siapa? Bulatkan nama di bawah
                 A. .........
                 B. .........
                 C. .........

Dia angkat kepala, pandang budak lelaki tadi, koyak surat tu depan dia. Buat muka angkuh, jugak sombong. Tapi diam diam cebisan surat tu dia simpan dalam beg. Balik rumah, dia lari terus masuk bilik. Seronok! Esok dia semangat ke sekolah agama. Kalau tak, selalu dia buat buat lambat bila bibik suruh siap nak ke sekolah, nanti dia adu pada ibu dia ketinggalan bas. Heh. Licik.

Oh, sampai sekolah tiba tiba dia rasa malu. Dia duduk. Harini dia dihadiahkan lagu. Sephia. Budak lelaki macho tu dah siap tukar nama sephia tu, sebelum apa apa budak perempuan tu angkat buku lima tuju pada dia sambil kata jangan nak mengada, terus lelaki tu tunduk hampa. Balik lagi, budak perempuan tu sengih suka, kecik kecik dah tau ego.

Makin hari makin budak perempuan garang tadi jatuh hati pada lelaki tadi. Siap lelaki tadi belikan keychain bentuk love kasi ke dia. Tambah suka jadinya. Tapi satu hari, dia dapat tahu lelaki tadi dah suka orang lain. Cilaka. Menangis la dia di tepi tangga. Lalu dia minta pulangkan keychain love tu. Bangang, buruk siku punya lelaki.

Lepas adengan syahdu, dia dah tak rasa apa. Alahai, kata cinta anak monyet kan? Konon la tu, bayak tengok telenovela.


***********sepuluh tahun kemudian*************


Dalam hiruk pikuk pekat malam, tiba tiba dia terserempak dengan lelaki macho bajet segala tu. Dia, masih tak berubah, wajah masih sama. Mereka bertukar nombor dan sekarang masih berhubung. Cumanya, lelaki itu, mulut manis semanis ibu gula. Baby, sayang, honey blablablaaa...

Belum pernah lagi dia mem-baby-kan orang jugak membabikan orang. Jaga jaga abang mulut manis. Kalau dulu dia cuma tunjuk buku lima, jangan sampai nanti buku lima ni naik ke muka awak. Eh. Jangan sampai buku lima ni naik ke muka baby. Ya sayang ya?


Tak boleh blah bila part suruh bulatkan jawapan. Hamenda tah..

8 comments:

hanaahmad said...

ehem, cinta monyet berputik kembali menjadi cinta beruk? jaga-jaga.

hensem tak dia awak? Bulatkan jawapan di bawah.

A. Hensem gila macam Johnny Depp.
B. Boleh lah ada iras-iras Remy Ishak.
C. Macam kambing!

Ehem.

Cangkul Emas said...

macam cerita diri sendiri jer.





kbye.

pembaris said...

harap jugak dapat jumpa balik perempuan yang suka saya masa kami berumur 12 tahun

EZAN IDMA said...

peh pehhh cinta berputik kembali kah?

ghost writer said...

aku lebih suka jumpa orang baru dari jumpa bekas makwe.

pemuzik jalanan said...

Kak- Mana mungki. Heh, saya ni setia orangnya. Saya pilih D. lain lain haha

Cangkul Emas- Mungkin, em mungkin laa.

pembaris- Barang yang lepas jangan di kenang..

Kak ezan- Tak tak, tak mau pun.

ghost- Sama. Aku pun lebih suka macam tu ghost.

Teenager Housemaid said...

hahaha..tetiba suka dengan komen kak hana..heheheh...

tapi stuju dengan ghost..:D

Florist Tecik said...

hey hey awesome :) olo comelnya