22 March 2012

Kepompong.


Sekarang, sekarang aku tahu mana silapnya. Sekarang aku tahu kenapa aku selalu rasa kosong. Kebergantungan. Aku terlalu mengaharap pada keluarga. Terlalu. Hidup belum kenal erti payah. Lahir lahir segala ada depan mata. Paling lama pun aku mampu bertahan cuma, cuma 2 minggu.

Sejak umur tiga, bibik yang pelihara aku. Makan minum pakai segala. Sikit pun tak payah ambil tahu. Semua dah tersedia. Balik seklolah, duduk depan tv layan kartun, bibik datang suap makan. Habis makan dapat air, tidur sekejap nanti terus siap ke sekolah agama. Bibik lagi datang bawa pakaian. Bibik jugak yang mandikan. 16 tahun lebih aku hidup dimanja macam tu. 16 tahun! Cuma bab dimandikan tu cuma sampai darjah tiga. Ehem. Sekarang bibik dah takda, jadi aku dah okay sikit. Ibu kerah aku supaya jadi anak gadis yang sebetulnya.

Tak, aku bukan nak kata ibu ayah lepas tangan. Takat ni cukup segala ilmu mereka curah ke aku. Sayang tak pernah putus. Cuma hidup aku terlalu senang. Senang yang aku tak perlu fikir nak buat apa. Duduk rumah cuma goyang kaki. Tapi..aku takdala spoilt mana kan? Heh. Bila ibu ayah paksa masuk asrama, dekat situ aku nampak hidup macam mana. Sikit sikit aku mula bukak mata. Selama  ni yang aku nampak cuma bahagia. Aku tak tau pun ada orang hidup dia tunggang langgang sebab mak bapak bercerai, cerita dia anak angkat, ayah kawin banyak. Selama ni aku tak nampak semua tu. Memang sumpah aku rasa benda tu cuma dalam cerekarama.

Masih, kalau orang dekat asrama sanggup fly nak keluar malam ke pergi midvalley segala. Aku pilih untuk fly balik rumah. Hidup aku cuma belajar, gelak ketawa sama kawan dan balik rumah. Ya Allah, hambarnya hidup awak? Aku ramai kawan, terlampau ramai. Tapi, aku pasang boundary dengan diorang. Bila berkawan, bila orang nak lepas boundary tu aku lari. Sebab aku rasa macam aku kena ada chot sorang je sebagai kawan. Kalau tak, aku macam bukan kawan yang baik. Konon macam mengkhianati persahabatan.

Sekarang aku nampak, banyak masa aku lebih banyak menyendiri. Bukan sebab tak punya kawan, sebab aku sendiri. Aku yang pilih untuk sendiri. Aku yang konon selesa duduk dalam kepompong hidup aku sendiri. Sebab tu aku selalu rasa nak balik, sebab apa point kalau aku duduk sini tapi aku berkurung je dalam bilik. Sebab tu bila ada apa apa aku balik pada ibu.

Alia kata pada aku, kalau buat apa pun, kebergantungan kepada tuhan tu perlu, awak bukan hidup sendiri. Aku sedar jugak satu hari nanti, aku kena jugak bawak diri. Ibu pun pernah kata sampai bila kakak nak hidup bawah ibu, kalau ibu dah takda nanti macam mana. Kalau boleh biar hidup mati aku dengan ibu pun aku sanggup, tapi.... Mati tu pasti, untuk memamatikan pun kuasa tuhan.

Malang untuk aku sebab baru sedar benda ni. Tak, nasib aku sedar kalau tak? Sekarang aku nak pergi join budak budak tu main futsal. Hey hey, gunakan masa yang ada untuk cari apa erti hidup. Ya? Selamat!

Childish much?  

9 comments:

Cangkul Emas said...

hidup dimanjakan merupakan salah satu sebab kenapa ramai yang tidak boleh adapt dalam suasana hidup berdikari. Baguslah kau sudah nampak erti hidup yang sebenar. Orang yang duduk kampus, jadik tak best kalau asyik balik rumah.

btw, aku dah 6 tahun duduk asrama.hihi

AkuMuzikFilem said...

anda masih muda, masih banyak thrill hidup yang boleh dicari. asalkan tidak menodai batas sebagai seorang gadis muslim

Edy said...

Hohohooo. Kesedaran telah datang.

Sabtu ni amacam? Jadi?

ghost writer said...

betul cakap kau, kalau bukan sekarang sedar, bila lagi?

aku tak pernah dibesarkan dengan cara tuh, dan aku tak pernah bayangkannya. aku memilih kebebasan terlalu awal.

APi said...

aku mungkin lebih suka sendiri sebab tak terikat dengan apa apa ikatan..
sekadar kawan, bukan sahabat..
tapi sejauh mana nilai kekawanan tu aku selau ingatkan diri aku supaya kuat..
perihal keluarga, aku dari kecik suka duduk jauh dengan keluarga.. =)

hanaahmad said...

Syukur adik saya sudah sedar.

Ibu bapa beri kita yang terbaik dan sebaik-baiknya, tapi semuanya pada diri sendiri. Ouh, syukur masih punya orang sekeliling yang masih menyayangi kamu, jadi jangan terlalu melayan perasaan sendiri, itu-ini.

Awak nak tahu bagaimana mahu menjadikan hidup kita matang?

Berdiri atas kaki sendiri.

:)

pemuzik jalanan said...

Cangkul Emas- Itulahnyaaa.Bukan manja cuma aa tak tak tahu...takpala. Ah, lelaki. Selalunya tak punya masalah kan. Takpa lepas ni aku cari hidup sebenar macam mana ya :)

AkuMuzikFilem- Thrill tu macam mana? Tu pun masih belum paham. Baik bang! Saya tahu jaga diri. Hee.

Didi- Cehhhh! Hah InsyaAllah weh.

Ghost- Cara hidup kita tak sama kot. Aku cuma rasa selamat bila dengan keluarga. Selamat sangat. Jadi aku rasa tak berapa berani nak bebaskan diri. Dah terlalu terbiasa.

pemuzik jalanan said...

APi- Kalau la aku boleh jadi cool macam kau. Kau macam pergi mana pun kau tau bawak diri. Kemain puji. Apa lagi buku sebijik. K. K!

Kak puaka kesayangan! Baik kakak, baikk. Nasib baik saya ada awak, awak pun sayang saya kan? Saya tau dah. Hee, lepas ni saya berdikari. Tak budak budak dah. Sebab saya dewasa dah. Kan.

ghost writer said...

itulah masalahnya sekarang. :)