23 April 2012

Buat sang peri.


Dia itu orangnya lemah. Gembira menangis. Marah menangis. Diam menangis. Sedih apatah lagi? Itu, itu semua dulu. Waktu dia rasa dunia macam tak pernah berlaku adil pada dia. Sekarang? Dia yang dulu sikit sikit mula hilang. Dia yang cengeng, yang tak bisa dijentik sikit, yang rapuh hatinya. Bukan. Dia bukan lagi manusia itu.

Sebab tuhan tahu dia manusia lemah, jadi tuhan turunkan pari-pari khas buat dia. Cumanya, sang peri ini sering bertukar silih ganti. Yang satu datang, satunya lagi pergi. Salah dia yang selalu terlepas pandang mereka ini atau memang begitu lumrah hidup si pari-pari. 

Untuk kali ini, dia mohon pada tuhan jangan diganti sang peri ini. Sang peri yang kini datang dalam bentuk famili. Sayang dia pada mereka, subhanaallah hanya tuhan yang mengerti. Jangan ditarik mereka-meraka ini, kerna mereka, jiwa yang dulunya kosong tak lagi mati.

Terima kasih tuhan kerna turunkan sang peri. Terima kasih sang peri untuk hari hari indah yang sama dilalui. Jangan pernah terpikir untuk cari ganti! Jangan sekali-kali. Biar dia satunya puaka yang hidup dalam diari hidup kamu. Ya? Janji ya sang peri?


Kesayangan saya sampai mati :)

8 comments:

Anonymous said...

Tuhan turunkan sang peri buat peneman kamu kerna dia tahu kamu memerlukannya. Hargailah selagi punya ruang untuk terus disayangi.

Aween Md Zahir said...

romantis sungguh :)
moga si peri mu bisa buat kamu bahagia ^^

pemuzik jalanan said...

Anon- Yup, sebab dia tahu! :) InsyaAllah,mereka mereka ini akan terus dihargai.

Aween- Sang peri selalu ada, sini masih ada.

fierul said...

semoga aku juga mempunyai sang peri yang sebegitu :)

Ariff Masrom said...

Ah, cemburunya. Jaga elok-elok sang peri kamu. :)

Ninaaa said...

Jaga elok-elok pemberian Tuhan. Jgn pernah disakiti kalau boleh..

pembaris said...

sang pari2 ada kuasa ajaib?

pemuzik jalanan said...

fierul- mungkin dah lama ada, cuma tak nampak?

Ariff- harta paling tak ternilai buat saya.

Ninaa- Sakit jiwa sang peri, sakit juga hati ini.

pembaris- ada. mereka mampu sebarkan gas senyum jadi tiap waktu kau terus bisa gembira.