10 May 2012

Emosi.



"Kosong kosong oo oongg.."

Babi. Gadis campak ipod terbaru dia ke dinding. Siapa masukkan lagu adik najwa ni?! Bentak hati dia. Gadis sedang emosi. Dia flip table. Ahh, ipad 3! Retak. Babi. kata gadis sambil senyum manis.

Dia baru lepas text kawan lama dia, kawan yang dia suka. Tak. Kawan yang dia sayang. Dah lama dia simpan perasaan pada lelaki ini. Sejak..sejak. Ah, tak payah tau. Kita panggil dia...jimmy. Okay?

Baru-baru ni, gadis tak sengaja borak pasal cinta dekat laman sosial. Gadis cerita perihal cinta. Seronok dia cerita, dia kata dia tak pernah bercinta. Tak pernah! Tak pernah? Babi. Bila jimmy baca, jimmy macam tiba-tiba lari. Dia pergi, dia terus tak layan gadis. Jimmy cinta gadis. Cinta? Cinta! Gadis tak pernah tahu cinta tu apa. Paling-paling pun dia kata dia sayang orang. Cinta tu macam mana? 

Terus dia ambil iphone whatsapp bff dia. "You..cinta dengan sayang err sama ke? Aa..adik ai tanya ni". "Cinta ni macam minum air kosong, tau rasa minum air kosong? Cuba describe sikit?". Okay, minum air kosong. Kosong? Terus keluar lagu adik najwa. Babi!

Masalahnya, dia kata pada jimmy dia sayang jimmy bukan cinta. Sebab dia ingat cinta akan ada bila dah kahwin. Je. Jimmy ingat gadis mainkan hati jimmy. Tak, jimmy ni bodoh. Okay, gadis lagi bodoh. Sebab tu..sebab tu gadis emosi. 

Sebab orang yang dia sayang. Eh, cinta dah pergi. Gadis nak cakap apa? Takkan dia nak cakap dekat   jimmy dia tak tau cinta tu apa. Babi. Kenapa takda orang ajar subjek cinta kat sekolah dulu. Gadis tak sedar selama ni dia bercinta. Babi. 

Gadis kawan dengan jimmy. Gadis sayang jimmy. Gadis tak tau dia cinta jimmy. Gadis geli cakap soal cinta. Jadi, mungkin hati kata cinta tapi otak kata tak dia cuma sayang jimmy. Bukan cinta. Bukan. 

Otak kata jangan hati pula kata ya, hidup tak menentu adakah ini cinta~ 

Babi.

Bak kata christina perry "how can i love when i'm afraid to fall...." Gadis kutip ipod, tekan playlist 'jiwang'. Tutup mata 'replay mode'. Axl, exist, uk's, spring..... Ulang dengar.

Cuma bilang sayang tapi hati kata cinta. Cinta?....

7 comments:

Anonymous said...

Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatkan ku rasa kosong...kosong oooo.

*peluk adik*

Saya taktahu cinta itu apa. Yang saya tahu, saya hanya perlukan kasih sayang untuk hidup. Cukup.

Awak tak jatuh cinta lagi tu. Akan tiba masa. Nanti. :)

Anonymous said...

Tapi lain di mulut lain di hati. Muda lagi dik. Cinta takkan ke mana. :)

Asrul "iLham" Sany said...

byk babi...

Muhd Aizie said...

Babi babi babi. WOW. Kau berani.

Anonymous said...

dalam cinta ada sayang tapi dalam sayang tak da cinta..
komplikated kan adik?

*join nyanyi lagu kosong dengan anon pertama*

hihi.. =]

pemuzik jalanan said...

Anon 1- Gadis belum faham, salahkan dia. Berhenti dengan kosong kak.

Anon 2- Cinta tak pernah bawa saya ke mana mana.

Asrul- Salahkan gadis.

Aizie- Babi dan berani? Ada kena mengena ya? Hihi.

Anon 3- Sangat. Jadinya saya tugaskan anon pertama (kakak) dan awak (abang) untuk ajarkan gadis perihal cinta.

Syf serabai. said...

hai saya jimi ahmad. saya suka najwa latif.hahaha