17 June 2012

Ayah.


Budak bebal ini yang dulunya tak reti mengira sifir tiga. Budak bebal ini yang dulunya tak tau minta baki bila berbelanja. Budak bebal ini yang ayah tengkingkan dulu sebab terlalu bebal tak tau apa-apa. Dia yang sama, yang kekal terduduk di kedudukan paling corot pada setiap ujian periksa. 

Apa pun terjadi, ayah, masih jadi orang yang selalu dekat dengan dia. Ayah, yang mengambil tugas mendewasakan dia. Supaya jadi manusia yang benar manusia. Walaupun waktu kecil dulu, ayah berpewatakan bengis dan kelihatan sikit garang ayah masih seperti ayah yang lainnya. Ayah, layanan dan cara dia luahkan rasa sayang tak sama macam ibu. Ibu akan ambil tugas untuk pujuk budak manja yang bila ayah tanya tentang sifir dia cuma tau diam dan mulakan adegan sedih. Menangis.

Waktu kecil aku takda berapa nakal sangat. Tapi, aku pernah rasa kena kurung dalam toilet, hanger, getah paip, rotan, tali pinggang. Semua pernah. Cukup semua. 

Aku ingat lagi waktu ibu ayah mula kahwin, kami duduk dekat keramat. Waktu malam kalau lapar sangat, kami makan sebungkus nasi goreng ayam kongsi tiga orang. Ada satu masa tu ayah korek duit syiling yang dia kumpul dalam kotak kasut. Hidup kami takdala senang mana dulu. Cuma, waktu tu aku kecil lagi jadi aku tak faham apa-apa.

Jadi bila dah besar ni, aku jadi cuak sikit dengan duit. Kalau bagi aku lima ratus letak dalam mall pun aku tak buat apa. Paling-paling aku guna duit tu beli aiskrim. Cukupla. Ibu kata aku kedekut. Aku kata, aku jimat.

Apa yang penting, untuk 20 tahun ni aku cukup bahagia. Ada ayah serupa dia. Kalau dulu orang sibuk tanya pasal cita-cita dan jawapan aku cuma satu. Aku nak jadi doktor pakar kanak-kanak. Tapi sekarang aku cuma seorang bakal jururawat. Bila semua orang mula kata itu ini tentang aku, kononnya mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku, aku ada ayah yang tetap bangga dan sokong aku. 

Buat apa kakak nak, biarkan cakap-cakap orang. 

Bila kau dah cuba sehabis baik tapi rezeki kau memang dah dekat situ, nak buat apa lagi. Sampai satu tahap aku rasa, aku dah jatuh tak boleh bangun. Kalau orang terus-terusan jatuhkan kau dan takda orang yang gapai tangan kau, bantu kau, mungkin kau bakal lemas dan terus ke dasar. Tapi aku ada ayah. Untungkan?

Sebenarnya, ini, bukan tentang apa yang aku nak dan apa yang orang kata. Aku cuma mahu dia bangga dengan aku. Aku cuma mau jadi yang terbaik untuk dia. Walaupun aku cuma seorang bakal jururawat. 

Untuk tiap kata semangat yang ayah beri,
Untuk sayang yang tak pernah luak ayah limpahkan.

Terima kasih.

Ayah, kekasih yang paling istimewa dalam hati.

Selamat hari bapa dear boyfriend :)

7 comments:

Anonymous said...

Saya yakin, kalau awak jadi apa pun, Ayah awak tetap akan berbangga dengan anak dia sendiri. Pedulikan cakap-cakap orang sebab awak hidup bukan untuk mereka tapi untuk diri sendiri dan keluarga. Lapangnya fikiran, teruskan hidup dengan apa yang dah Tuhan bagi. Kurangnya awak ada peluang nak sambung belajar. :)

intan.maisarah said...

bertuah ayah punya anak seperti kamu.


*rindu ayah aku*

ghost said...

untuk kelahiran lain, bapa kau jadi bapa aku ok. :D

Päk Läng said...
This comment has been removed by the author.
Päk Läng said...

kirim salam ayah, eh

pemuzik jalanan said...

Kakak- Saya tahu dia selalu ada :)

intan- untung, syukur pada tuhan.

ghost- Ahah untuk kelahiran lain pun aku mau ayah kekal ayah aku. Hee

paklang- InsyaAllah eh.

Anonymous said...

tadah tangan, syukur pada Tuhan.. =]