05 August 2012

Dewasa.


Aku rasa tuhan cukup sayang aku.
Aku belajar dari melihat jatuh bangun orang cuma.
Orang sedih, aku tumpang sedih.
Orang gembira , aku selit sama.

Umpama pelakon tambahan dalam tiap cerita.
Aku selalu ada.

Belum mampu jadi watak utama cerita.

Sedang bertatih lagi,
Nak kenal dunia.




11 comments:

ghost writer said...

tuhan nanti bagi test casting satu masa nanti untuk watak utama. masa sekarang untuk beringat, masa akan datang untuk tidak panik.

pemuzik jalanan said...

ghost- Kalau waktu tu tiba, harapnya aku dah cukup bersedia.

pepol said...

mungkin masanya belum tiba..

pembaris said...

bila dah jadi pelakon utama, jangan lupa bantu pelakon tambahan

Syf serabai. said...

kita jalan sama-sama lihat dunia.setuju?

Anonymous said...

Nanti-nanti kalau ada, aku harap aku juga selalu ada untuk kau.

sentiasa ada.

Adik saya sudah dewasa. :)

EZAN IDMA said...

Suatu hari nanti bila kamu jadi watak utama, cuma satu pintaku habiskan cerita itu dengan sebaik mungkin. Biar semua orang kagumi watak utama dalam cerita itu :)

pemuzik jalanan said...

pepol- aku tak mengharap pun benda yang tidak-tidak terjadi :)

pembaris- ya InsyaAllah awak.

Syf - Ya ayuh sama!

Kakak- Harapnya, ah sekarang juga awak selalu ada.

Ezan- Kalaupun saya cuma jadi watak sampingan sampai ke akhir cerita, saya dah cukup syukur awak :)

Anonymous said...

Dalam hidup kau, aku cuma watak tambahan karena kau pelakon utamanya. Cuma jalan ceritanya masih belum kemuncak dan skripnya cuma kau yang hafal dan lakonkan. Skrip aku, aku sudah langsaikan.

Dewasa, tiada had usia.. =)

Päk Läng said...

setiap manusia adalah watak utama dalam jalan cerita hidupnya sendiri

mad said...

teringat dialog dalam filem KL Gangster.
"satu hari lu mesti kena punya".
huhu.