30 October 2012

Definisi #1


Waktu kecil dulu aku rasa--
Bila dah pandai ikat tali kasut, itu dewasa.
Bila dah boleh tidur sendiri, itu dewasa.
Bila dah berhenti minum susu, itu dewasa.
Bila dah boleh terima aku kena kongsi ibu ayah dengan adik-adik, itu dewasa.

Masuk alam remaja--
Dewasa bila, kau ada pakwe boleh ajak bercinta.
Dewasa bila, kau ada pakwe yang caring gila gayut tiap masa.
Dewasa bila, kau boleh sembang hal lelaki sama-sama.

Masuk alam tak-berapa-dewasa.
Definisi dewasa jadi lagi luas, dewasa--

Pakai mekap tebal, sarung kasut 3 inci, dewasa.
Kalau dah pandai naik bas sorang-sorang, dewasa.
Kalau kau tau seks tu apa, dewasa.
Kalau kau boleh borak mende alah lucah, kau dewasa.
Kalau kau boleh tengok cerita 18-tahun-ke-atas, dewasa.
Kalau ditinggal dekat mana-mana dan kau boleh bawak diri, dewasa.

Kalau tak? Kalau tak, orang kata kau budak-budak.

Umur 20.
Suka tengok cerita kartun, tak suka cerita ganas, tak suka cerita hantu, tak suka cerita cinta.
Manja dengan semua kesayangan.
Ambil tahu benda yang aku patut tahu.
Cukup sampai situ.

Tak bermakna aku tak dewasa.
Orang yang kau nampak dewasa tu pun belum cukup dewasa lah gila.

Dewasa pada pemikiran, jiwa muda. Ni, rahsia awet muda.


Tapi....Kalau pasal cinta, okaylah yang tu kau orang menang.

9 comments:

Pan. said...

'orang muda tak perlu berlagak dewasa'- negarakus

fierul said...

kadang kadang nampak je dewasa tapi pemikiran masih lagi ditahap kanakkanak ... ( aku la tuh .. hehe )

hanaahmad said...

rambut penuh uban, belum tentu cukup dewasa segala. dewasa terlalu subjektif untuk dimengertikan.

:)

Nissa Jefry said...

tak bermakna bila kita nampak manja je , org cop macam budak2 . abeh yang nampak matang tuh , tak manja la ? ape lahh masyarakat nih . ishh ishh .

pembaris said...

dah sunat...dewasa..

APi said...

dewasa dan cinta, tak sama definisinya tapi zatnya sama.. =)

KN said...

Tak guna cakap diri dewasa kalau dosa pahala pun tak tau beza.

Felly Sophia said...

Dalam setiap perkara, perlukan pembawaan diri yang bagus sebenarnya.

miranadia said...


dewasa tu subjektif.

lain pemikiran, lain pendefinisian.