07 January 2013

Dulu & Sekarang.


Semalam, ada sorang kawan aku rancak bercerita dekat twitter tentang pengalaman dia tengok wayang dalam wayang. Wayang yang berbayar dah tak menarik mana katanya, wayang free juga yang seronok. Lakonan mantap gadis bertudung dan lelaki pujaan yang konon bakal sehidup semati aku kira. Adegan panas dari selak baju sambil...dan terus.. lagi aa itulah.

Boleh tak korang bayang jelah apa-apa ikut suka sebab aku macam err.. Okay.

Lepas habis aku baca tweet dia satu, satu. Dalam kepala aku terus keluar satu lagu.

".. Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang ... "

Pernah dengar lagu Tan Sri S.M. Salim?
Tajuknya cinta dulu cinta sekarang.

Nak bercinta, bercinta lah. Harga diri tolonglah jaga sayang. Tolong. Untungnya lelaki, apa saja yang dia lakukan dia masih terlihat suci. Yang dikeji, dicaci kamu juga yang perempuan. Yang nak hadap perut memboyot kamu juga. 

Harta kamu cuma satu. Hilang ia, hilang lah segala.

360 muka surat masih bersisa, masih ada waktu untuk coretkan cerita baru. Jangan pandang belakang. Mula semula.


Er, selamat tahun baru. 2013.

3 comments:

AdinataGus said...

Keciknya selamat tahun baru.Heheh.

APi said...

Moga ada kudrat yang masih berbaki untuk meneruskan sisa hidup bersaki..

Mia said...

moga lembaran baru buat kau ali nih lebih bermakna .