06 March 2013

5 Mac 2013.


Februari berlalu dengan begitu angkuh meninggalkan hari-hari indah yang tak sempat aku kejar. Mac pula datang dengan segan silu sambil beri aku peluang bertenang meniti setiap saat yang hadir. Mac tak beri aku keterujaan yang sama macam yang aku selalu alami waktu kecil dulu.

Untuk tahun yang ke dua puluh satu--
Celik dari tidur, aku panjatkan syukur pada tuhan kerna masih beri peluang untuk aku bangkit selepas tersadung sedikit awal dulu. Terima kasih Tuhan atas kebahagiaan yang kau pinjamkan buat aku.

Buat kalian yang setiap satunya menjadi nadi, penggerak yang tak putus beri semangat untuk gadis-jobo-manja-mengada-cenggeng-perasan kuat-sedikit matang ini, terima kasih untuk segalanya. Tak terdaya untuk dia balas setiap kebaikan yang kalian lakukan pada dia.

Dan untuk memori harini, aku simpan kemas, sisip masuk ia dalam kenangan manis kita.
Sayang semua!

Buat kakak, shaa, api dan jack : Hey, awak semua kambing!
P/s ; Bila awak dikambingkan awak kesayangan saya.

5 comments:

Anonymous said...

Memuah!

Felly Sophia said...

Gadis Jobo, bergembira lah untuk hari yang mendatang!

Anonymous said...

=)

ghost said...

dah 21 tahun rupanya..harap semakin ligat dan berprestasi tinggi. jangan nak tunjuk garang sangat, memang langsung tak garang.

pemuzik jalanan said...

Terima kasih kambing sekalian! :*

Ghost- Haha! Baiklaaa, saya tak cuba cuba tunjuk garang lagi. Jaga diri di sana!