30 March 2013

Benih ; Bunga


Semua orang mampu tanam-semai benih tapi tak semua mampu jamin benih yang dia tanam mampu membuahkan hasil, mampu membesar jadi tanaman sebaiknya. Tak, tak semua.

Kau boleh tabur benih sana, sini tapi pengakhirannya kau sendiri mahu fokus pada satu benih cuma. Beri cukup baja siram cukup air supaya dia dapat besar, hasilkan bunga yang mekar.

Jadinya, kalau kau tabur benih dalam kawasan aku, aku akan hadkan segalanya, sebab apa? Sebab aku tak mau pohon yang kau sibuk tanam dalam daerah aku sebenarnya pohon penuh duri. Separuh jalan, kau mulai lupa pada pohon tadi dan yang bakal sengsara, aku. Ya kan? 

Mungkin juga bila kau dah mula rasa selesa, kau mulai fikir yang bunga bila mulai kembang bakal terus-terusan kembang tanpa perlu kau siram dan baja. Salah! Bakalan layu dan mati.

Sebelum terjadinya luka dalam kawasan pegangan aku, aku pasang pagar tinggi. Benih tanaman kau boleh semai di luar. Harum bunganya masih bisa aku hidu tapi tajam durinya takkan mampu merosakkan aku. 

Mohon hati-hati bila berpijak di kawasan larangan kerna sejak awal dulu aku pagarkan dengan racun. Namun, ada waktu dan ketikanya racun itu langsung tak memberi apa-apa pada kamu tapi terkesan pada aku.

Sekarang ini ada anak benih yang mulai mendominasi sebahagian kawasan tanaman, bila putik bunga mulai kelihatan, cepat-cepat aku cantas pohonnya. 

Aku cuma tak mahu terleka nanti-nanti dengan harum bau bunganya dan biarkan diri ditusuk duri-duri halus yang sikit-sikit bakal meranapkan diri.


Gadis ; Hati.



6 comments:

ghost said...

cukup berhati-hati kali ni kau ek, ada sifat pengawalan.

AdinataGus said...

tegas orangnya.

hanaahmad said...

sudah dewasa adik aku ni Ghost :)

APi said...

Bagus kalau begitu dedek, tapi akan datang belum pasti. Lalui saja ya

Wadi AR said...

ganas gituuw

Felly Sophia said...

Cegah sebelum parah. Gittew.