18 March 2013

Tomyam manis perisa awak.


Semalam aku makan tomyam depan pakwe manis. Sambil makan sambil tu aku tenung dia. Sekali aku suap, sekali aku curi pandang dia. Sebelum suapan terakhir, dia bangun dan pergi. Aku teruskan makan tomyam suapan terakhir dengan rakus, takda cover ayu lagi. Suapan terakhir, aku rasa tomyam ni tak rasa tomyam biasa. Tomyam ni rasa manis. Sambil senyum sengih sendiri aku ambil tisu, lap mulut dan pergi.

Malam tadi aku order tomyam yang sama, duduk tempat sama. Lepas baca Bismillah aku mulakan suapan pertama. Pedas! Tak sedap macam tomyam aku makan semalam. Apa yang kurang ntah. Aku hulur dekat kawan sebelah, dia kata, "Semalam kau makan tomyam ni laa, sama je rasa, engko makan elok jee, pelik jugak aku".

Lepas berfikir dengan gigih tanpa mengendahkan tentang exam esok hari aku pun dengan gagah, habiskan tomyam pedas nokharam tadi. Dalam perjalanan balik, aku ambil tisu banyak-banyak, lipat bentuk hati.

Sekarang aku tau apa kurangnya, kalau pakwe manis ada depan aku, kasi aku kopi o tanpa gula pun aku boleh telan dengan selamba. Air mineral pun boleh rasa macam sirap bandung. Makan ayam penyet pun nak sambal lebih serupa tak sedar diri kena hipnosis.

Cengginilah, esok, kalau takdapat jawab exam, aku nak lipat tisu jadi bentuk bunga. Mana tau dapat ambil hati lecturer kasi markah kesian.


Hati ada bunga.

6 comments:

KonspiMaker said...

Selalu pepatah makan tak kenyang,ini sampai lebih manis.

EZAN IDMA said...

awwww mana dia pakwe manis dia

ghost writer said...

apakata kau gi makan tomyam depan pintu bilik dia atau pintu umah dia nanti. karang esok nak jawab exam, kau bayangkan muka dia kena demam kure. gerenti dalam hati bersepah bunga. :)

Felly Sophia said...

Amboi sangat.

Semua benda jadi manis. Gara-gara dalam hati dah ada bunga yang tumbuh meliar. Eh.

hanaahmad said...

aku dibius cintaaaa aaaaa~~

untunglah dapat bunga tisu.

*kompang dipalu, pengantin baru*

ehem.

APi said...

cinta itu, kadang kadang tak ada logikaaa~~

bunga tisu dikarang pakwe manis,
tomyang yang pedas dirasa manis.

*bunga rampai ditabur-tabur*

ehek