21 May 2013

Kerana celaka merupakan sebahagian daripada hidup kita.


Kecelakaan dalam hidup merupakan satu kemestian. Kalau kau belum rasa sisi kecelakaan hidup makanya kau belum betul-betul hidup. Hari-hari gembira bakal dilengkapkan dengan hari-hari celaka di mana pada waku itu kau akan rasakan kejatuhan demi kejatuhan yang tak henti-henti!

Celaka dunia sedang melengkapkan hidup aku dengan sedikit campuran rasa galau dan pahit pedih dihimpit dua batu besar dan aku sedang berusaha mengalihkan rasa sakit itu dengan menikmati keindahan di sekeliling aku. Indah, benar! Sakit, ya masih.

Aku sedang melakonkan watak sa-orang robot yang kaku tanpa perasaan dalam wayang gambar hitam-putih-berwarna. Cuma watak aku yang di-hitam-putih-kan sedang sepanjang penceritaan keseluruhannya di Taman Pelangi yang diabstrakkan dengan pelbagai warna-warna menarik. 

Wayang belum pun mula, layar baru diturunkan tapi penonton sudah berpusu-pusu keluar. Hambar katanya. Celaka dan hambar. Kombinasi ini mampu menjadikan hidup anda lebih menyeronokkan! 

Indah-celaka-indah-bahagia-jatuh-celaka-celaka-celaka. Bahagia.

Celaka.

Nah, raikan kecelakaan mu.



7 comments:

Anonymous said...

tapi... kita tetap kena lari dari celaka.

siapa mahu celaka selama-lama kan?

asip محمد said...

entri kali ni sepertinya menggambarkan keadaan hidup gua sejak akhir2 ni.. cuma sekarang.. makin tebal topeng gembira yang gua pakai..

nhdaughter said...

bertahan!

Wadi AR said...

jangan pikir bukan bukan ya omok. semoga berjaya periksa nanti

hanaahmad said...

bertabahlah. baru pemulaan kecil. :)

APi said...

Cheers! Kita semakin mengenal arti dewasa

Unknown said...

kerana celaka itu buat kita lagi kuat ork? go go amigha !