03 June 2013

Surat buat laki-laki penghuni hati separuh masa.


Kehadapan laki-laki kesayangan,

Aku tahu ada sesuatu yang berat yang sedang menggangumu, aku tahu kau tak mampu lagi berkongsi cerita tentang itu ini pada aku. Aku tahu kau perlu letakkan aku di sisi sudut hati kerna ada yang lebih penting untuk kamu dahulukan.

Aku cuba untuk faham setiap perilaku kamu. Sungguh kamu berubah seiring dengan keadaan. Keadaan sekeliling mempengaruhi kau untuk jadi lebih daripada kau yang sebenarnya. Kau bukan lagi laki-laki yang ceria, yang seringkali optimis, yang akan sentiasa ada buat aku dan aku mungkin tahu sebabnya apa. Jujurnya, tak sedikit pun aku menyalahi kamu. Keadaan memaksa, aku tahu.

Aku cuma rindu kamu yang dulu.

Mencintai kamu yang dulu adalah satu bentuk kebahagiaan buat aku. Waktu dan keadaan benar-benar merubah kamu.

Dan cinta yang aku fantasikan untuk kita sikit-sikit mulai berbalik pada realiti. Ketika ini aku sedang mengira waktu untuk bangun dari terusan bermimpi.

Benar kata orang, alam mimpi kadang lebih manis daripada realiti.

Yang Benar,
Gadis Patah Hati.


Sedang bergelumang dengan final exam. Huk aloh!


9 comments:

Wadi AR said...

haa. aku tau sapee

pemuzik jalanan said...

Haa kemon siapa dia siapa? Haha

~* chirpy_chummy *~ said...

haa. aku tau sapee(2)

hanaahmad said...

haa. aku tau sapee(3)

Felly Sophia said...

Mimpi memang manis. Sebab kita yang corakkan sendiri.

APi said...

haa. aku tau sapee(4)

Amiey White said...

haa. aku tau sapee(5)

Kopi Latte said...

haa. aku tau sapee(6)

pemuzik jalanan said...

Semua mengkambing. Kambing.

" cerita ini tak punya kena mengena dengan sesapa kalau ada secara kebetulan"

K.