05 July 2013

Hilang ; Mati


Ada jasad yang ditinggal kosong di kuburan
Ada kehilangan yang begitu berat untuk dimengertikan
Kematian dan kehilangan
sedang berlegar-legar dekat denganku
Setiap hari menjemput aku
dengan rasa takut dan bimbang

Kematian
Juga
Kehilangan
Sedang
Mengepung
Rohku
Jauh
Dari
Jasad.

Dan
Aku bakal hilang
Ditelan dek igauan--
Kematian
Sendiri.


Taiping, 2013.

3 comments:

konspimulut said...

jasad yg sudah fikir kematiannya,dan kematian sebenar yang menunggu masanya.

Päk Läng said...

hidup untuk mati. tunggulah ia datang. tak tunggu pun ia datang juga.

Edy said...

deep bro.