13 September 2013

Soalan Random.


Tuhan,

Aku jadi takut untuk jatuh suka pada siapa-siapa pun sekarang. Entah kenapa, setiap kali aku cuba hulurkan hati. Mereka bakal hilang atau sebenarnya pergi. Bukan sekali. Bukan. Yang pertama, diam dan hilang kemudian muncul lagi, terus aku tepis dia pergi. Yang kedua, ada dan diam dan hilang, kembali dan hilang lagi. Bagaimana mungkin aku harus berlagak biasa bilamana hati sedang dibelenggu seribu satu tanya?

Perempuan dan kerisauan yang tak pernah putus pada orang-orang yang dia sayang, itu biasa. Sebab sayang, sayang.




3 comments:

Aween Md Zahir said...

Letak hati dalam balang kaca. Kalau awak nk bg pada siap-siapa, minta agar jgn dibiar retak sekalipon.

manusiaekstinsi said...

tunggu yang terpaling memberi dengan baik dan setia.

NurHanis said...

sepertinya kita kongsi rasa yang sama.