27 October 2013

Kedai Buku dan Sajak Neruda.


"Habiskan masa berlama-lama dalam kedai buku dengan kekasih saya, itu wishlist saya."

Jadi, petang kelmarin kita ke kedai buku. Tanpa berfikir panjang kau terus ke rak yang tertulis 'poetry' dan kau ambil buku himpunan sajak daripada Neruda. 

Dan kemudian kita, duduk di atas lantai di antara rak-rak yang dipenuhi harum bau buku. Sama seperti yang aku angan-angankan. Cumanya, ini, lebih manis dari angan-angan.

Kau selak secara random buku yang kau ambil tadi. Kemudian kau mula bacakan bait sajak Neruda tanpa hirau pada pasangan yang sedang berkongsi buku kegemaran mereka di sebelah kanan kita, juga seorang gadis yang asyik melintasi kita kerna aku kira kita sedang menghalang laluan dia. 

Sajak berganti sajak, tanpa kita sedar habis satu buku kau bacakan pada aku.

"Habis dah?" Tanyaku.

"Sajaknya yang habis, kita belum habis, baru mula." Jawabnya, senyum.


Dan aku pulang dengan senyum yang tak habis-habis.


5 comments:

manusiaekstinsi said...

untungnya..

Rapunzel Cikilolo said...

mgkin ada puisi cinta yang menyusul lepas ni...

hehe.

Apy said...

senyum lebar

~* chirpy_chummy *~ said...

amboi..manis.

bertambah Kenyanglah awak lepasni.

hihi

Felly Sophia said...

Saya nak puisi manis dari Amighah! Eh.

Ahaks.