16 October 2013

Kejutan.


Bahagia akan tiba dalam keadaan yang tak pernah kita sangka, sama macam cinta. Ada orang sibuk tercari-cari di mana dia jodoh dan cintanya. Dan ketika dia lagi sibuk mencari, cintanya semua lari malahan pergi. Satu malam, dia termenung dan putus asa terus dengan segalanya.

Ketika itu Tuhan hadiahkan dia cinta. Dalam kotak besar dibalut dengan kertas warna warni, ceria.

Di kala dia mulai berhenti berharap pada sesuatu yang selalu datang dengan rasa kecewa, bahagia dan cinta datang dalam cara yang lebih istimewa. Dalam keadaan yang penuh kejutan, tiba-tiba, tak terjangka.

Rasa dihargai, terjaga, disayangi.

Cumanya, bila Tuhan hadiahkan cinta yang sepertinya terlalu sempurna, dia jadi takut. Takut kecewa. Dalam setiap rasa yang datang dia tak pernah lupa untuk berjaga-jaga. 

Dan ya, dia cuma mampu tersenyum pada kenangan lama dan cuba menikmati momen yang dia punya.

Hana Ahmad pernah kata, lebih kurang macam ni la ;

"Cinta akan datang dalam keadaan yang kita tak pernah jangka, dengan siapa, bila, cumanya bila dia datang kita tau itu Cinta".


Terima kasih, Tuhan.


9 comments:

manusiaekstinsi said...

Banyak sangat kan benda yg kita tak sangka?semua itu tetap akan mengajar kita sesuatu.

Anonymous said...

tak sangka juga ada nama saya dalam entry ni. awwww :')

jadi, sudah mengenal apa itu cinta?

pemuzik jalanan said...

manusiaekstinsi - Yup! Sudah pasti :)

Hana poyo anon - Dah tau, belum cukup kenal, masih belajar. Seronok juga rupanya. Seronok yang takut.

Anonymous said...

Hai makwe Alien. Berbahagialah dikau. Yeay!

pemuzik jalanan said...

Makwe de la Cheese! :) Yayyy. Terima kasih. Hee

Cangkul Emas said...

cinta. dia ada kaki sendiri untuk datang pada kita atau dia suka main kejar-kejar?

Anonymous said...

Senyum dalam hati. =)

EDL said...

Terima kasih,
Tuhan.

EZAN IDMA said...

yup, saya setuju amat ;')