03 January 2014

Tahun Baru dan Gadis Malang.


Entah apalah nasib orang-orang yang bahagianya memang dipinjamkan untuk sementara. Selepas seketika, putaran bermula kembali, menjadi si perai sepi. Ditemani mimpi dan angan-angan. Jatuh dan kembali, jatuh lagi dan lagi sehingga putaran tamat menemui mati.

Mungkin kematian akan lebih diraikan dari kebahagiaan yang singgah dan berlalu selepas bersatu dengan rasa-rasa celaka.

Selamat meraikan tahun baru dengan kehidupan yang lebih sederhana.

6 comments:

si ngokngek said...

kau tahu kenapa kematian lebih diraikan.sbb waktu itu mereka baru ingat tuhan.selama tempuh umur yang lebih mencabar,,hahaha

Päk Läng said...

bahagia datang cuma untuk khabarkan pada kita supaya bersedia dengan duka yang bakal menjelma. itu realiti hidup.

tapi dik jah jangan sedih-sedih ya. nanti saya belanja aiskrim banyak-banyak-banyak!

hanaahmad said...

hidup-mati-jatuh-bangun; itulah kehidupan dik.

ini bukan nasib malangmu, itu cuma dugaan kecil yang Tuhan selimutkan kita, tanpa kita jangka.

tuuuu. jauh lagi, ada satu bahagia sedang menantimu. bangkitlah pelan-pelan

:)

Illyani Ismail said...

aku juga gadis malang.

gadis said...
This comment has been removed by the author.
gadis said...

bahagia itu pilihan.
think about that.

kenapa gembira datang sementara sebab bila ia singgah lama manisnya akan hilang. sedih-sakit-kecewa-pedih ia buat kita lebih hargai gembira. allah biarkan kita buat silap sebab Dia nak kita belajar darinya. malang bukan bererti sedia untuk mati tapi berjuang untuk hidup yang lebih hidup. jatuh bukan bererti kalah tapi peluang untuk memulakan semula dengan sesuatu yang lebih indah. selamat hidup :)