26 March 2014

Cerita Absurd Tentang Cinta.


Beberapa hari lepas aku berbicara dengan seorang teman rapat tentang dia dan pasangan juga cinta. Dengan senyum manis di bibir tapi bukan pada matanya. Senyum di mata tak pernah menipu.

"Dia masih sayangkan kekasih lamanya. Dia bilang, dia sayang saya dan perempuan masa lalu. Saya tak boleh terima tapi pada masa yang sama saya tak mahu lepaskan dia."

Nah, masak. Terikat dengan rasa sayang dan biarkan hati sendiri terluka. Aku diam dan dengar lagi.

"Saya nak buat apa?"

"Kalau dia belum lupakan kekasih lamanya bermaksud, dia belum bersedia untuk sayang awak sepenuhnya. Jadi, untuk apa sebenarnya hubungan ini? Kalau nanti perempuan masa lalu itu datang kembali pada dia, ada kemungkinan untuk dia tinggalkan awak. Tak adil kan? Tak adil untuk awak untuk sayang dia sepenuhnya bila mana dia masih berbelah bagi. Antara keduanya, dia cuma boleh pilih satu. Awak juga, tak selamanya awak boleh tahan dengan cuma percaya yang dia akan sayang awak sepenuhnya." 

Betul kan? Jadi, apa pendapat kau orang?

Dan sekarang aku mulai nampak yang kebanyakan orang yang jatuh sayang pada orang lain, sanggup sakit, bersusah demi rasa 'sayang' yang ada. Sama ada cinta buat manusia gila atau kita selalunya akan jadi bodoh sebab cinta?

Apa-apa pun, aku cuma harap dia bahagia nanti. Sakit tengok orang yang ada masalah tapi kita cuma mampu jadi penasihat dan tukang dengar sahaja. 


Saya okay dan takda apa-apa ; ayat yang sering perempuan guna untuk menipu.


2 comments:

Haikal Blank said...

ia sememangnya menyedihkan, tapi boleh dicover sedihnya, kalau ia dirasakan berbaloi.

naaah. masih sangat menyedihkan.

Felly Sophia said...

Tinggalkan. Titik.