13 May 2014

Selamat Setahun.


Malam itu, kau datang bersama dua buah buku
dan secebis senyuman gementar, lalu kita berteman
Mengelilingi kota sambil merungkai misteri
dalam mata bundarmu yang penuh rahsia 
Saat ini, telah kuumpil hampir setiap daripadanya
dalam sepi yang selalu kita kongsi juga bacaan
dari buku-buku yang pernah kau pinjamkan padaku

Jangan pernah berhenti mencintaiku, sayangku
seperti mana manis sajak-sajak Neruda yang pernah 
kau bacakan padaku, seperti itu juga setiap
kemanisan yang hadir bila kau selalu dekat denganku
Telah kukatakan dahulu, kau adalah buku filsuf milikku
terlalu sukar untuk aku rungkai satu per satu
namun hingga kini, aku belum lelah membacamu.

Yang Benar, A.

Sayang sekali, sayang sekali ini cuma ruang rahsia dan kau takkan membaca ini *tutup muka* hihi. 

Sebenarnya, aku tak berapa percaya soal pakwe-makwe sebab tu aku diamkan, segan bercinta tak tahu kenapa. Dulu, aku rasa, cinta cuma valid lepas kahwin je. Dah berapa ratus kali aku cakap tapi aku paling takut kecewa. Tapi itulah, doakan lah kami :)

4 comments:

damia ahda said...

Sebab tu lah, cinta tu kalau dah datang, takde dia bagitahu pun. Alih-alih dah ada kat ruang hati, Eh.

Btw, selamat buat kamu berdua! Ameen! :D

Anonymous said...

Tak tahu untuk buat emoji begini =') ataupun begini =). Moga baik baik saja.

Felly Sophia said...

Semoga yang baik-baik sahaja di masa hadapan untuk kalian. *pondan hugs*

Anonymous said...

HArusnya emoji begini <3