04 October 2015

A Self Reflection


Minggu lepas, aku borak dengan pakcik, tentang kejadian rempuhan di Mina. Aku kata, orang orang tu taksub sangat nak pergi melontar, nak kejar waktu afdhal, sampai dah tak kisah pasal orang lain. Lupa nak jaga hubungan dengan manusia. Fikir diri sendiri je. Macam tu lah lebih kurang.

Tadi aku baru buka FB dan buka satu video, Kaabah di depan dan suara orang imam azankan solat Isyak. Mata aku pedih sebab tenung macam kena pukau. MasyaAllah.. Tiba tiba aku terdetik, kalau lah Kaabah tu depan aku, entah entah aku yang berkejar nak berdiri di depan sekali. Habis je azan, habis video tu aku macam tersentak sikit. Padanla aku dengar cerita orang pergi sana menangis tengok Kaabah sahaja. Dulu macam tak boleh nak brain, kenapa orang menangis? Entah lah, ini pun baru video, rasa macam macam rasa. That feeling of being close to your creator. Bila kau dekat dengan Tuhan, kau rasa tenang selalu. Mati ni bukan sesuatu yang kau takutkan, tapi kau tunggu, bila kau dah sedia la. Tapi selalunya kita akan rasa amal kita tak cukup, Bagus juga, jadi tiap hari kita nak jadi lebih baik, kan?

Dunia pun nak kiamat dah. Tanda kecil dah berlambak. Tunggu matahari nak terbit dari barat ja. Selagi ada masa ni, buat la apa yang kita mampu. Bila dah tiba hari kiamat nanti, kau tengok balik je macam mana rempuhan kat Mina tu berlaku. Kita dah tak ingat sesiapa dah, nak selamatkan diri sendiri je. Sedang kalau kat dunia, mak akan selalu lindungi anak dia, waktu tu, takda dah.

Tapi kau doalah, waktu akhirat nanti, bila kau dibangkitkan, kau disatukan semula dengan keluarga, ibu ayah, anak anak, suami, isteri. 

Aku pun tak tahu kenapa lepas daripada tengok video tadi terus buka laptop dan update post. I just want to share something. Macam tu kot. Tak tau la mungkin, entahlah, hidayah Allah ni datang dalam macam macam bentuk, tinggal kita nak buka mata tengok sekeliling kita je.

Doakanlah aku dapat pi sana. Dapat buat Umrah pun jadi lah. 


Aku kalau boleh tiap hari nak berubah jadi baik, lagi baik daripada sebelum ni. Tapi tu la, nak istiqamah ni tak senang. Harini kau niat, minggu depan kau ulang lagi. Nasib baik Tuhan ni maha pemaaf kan. Kalau kau buat gini dengan manusia, mau kena debik terus.

Semoga kita, saya, awak semua, selalu dalam jagaan-NYA! :)




2 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

Iman ada up and down. Begitulah kita, manusia. Kena selalu perbaharui iman (pesan kat diri sendiri juga).

Believe me, once dah jejak kaki kat Tanah Haram, hari hari kita akan teringat ingat keadaan di sana. Seronoknya beramal ibadat di sana. Rasa tenang. Rasa mudah. Rasa syioknya hoi! haaa..gitulah rasanya. Ye la, buat 1 di balas beribu ribu lemon. siapa tak seronok? Haila..itu baru rasa dapat berada di Tanah Haram. Macam mana tak tau nak di gambarkan kalau dapat rasa duduk dalam Syurga yang selama lamanya tu kan?

pemuzik jalanan said...

I wish I had the chance to go there. Seronok kan! Bertuah siapa dapat pi sana. Nak kumpul duit pi umrah dulu apa apa pun hee.