17 July 2020

Satu Tahun - Dua Belas Minggu.

27 Jun 2019, hidup-mati.

Hari hidup - mati saya setahun yang lalu. Hari saya seolah - olah diberi nafas baru.

Pembedahan saya berjaya. Tiada sel kanser. Saya tidak perlu dibedah seperti ikan. Uterus saya telah diselamatkan.

Dalam fikiran dan anggapan saya, sama ada kemudian nanti, jika ada komplikasi ataupun kesan dari pembedahan ini, yang nyatanya, saya telah pun bersedia dengan segala kemungkinan yang datang.

8 November 2019, isteri.

Syukur. Sehingga hari ini, cuma ucap syukur yang saya dapat panjatkan pada Tuhan kerana beri saya peluang, untuk bersama dengan lelaki yang terlalu amat saya sayang sejak zaman hingusan dahulu.

Setelah bertahun - tahun berkenalan, mengikat rasa, hadap terlalu banyak naik turun kehidupan, kami dijodohkan untuk bersama, akhirnya.

Semoga hubungan ini kekal sehingga akhir usia.

16 Julai 2020, ibu.

Genap tiga bulan rahim saya terisi dengan jasad kecil. Untuk kesekian kalinya, Tuhan terlalu baik, Maha baik. Setahun yang lalu, saya cuma mampu berharap dan berdoa.

Hari ini, mimpi, impian saya jadi nyata.

Terima kasih, Tuhan.


Semoga awak baik baik selalu, anak ibu.

1 comment:

aKUmUZIKfILEM said...

MOGA AMYRA TERUS KEKAL SIHAT

IKHLAS

AMF