27 November 2010

Kahwin muda!


Jangan nak buat muka kerut kerut sambil dalam hati kutuk "eh dia nih dah gatal sangat ke". Ni semua kes aku pergi talk kat amf hari tu. *semangat. Hari khamis yang penuh,kelas pula dari seawal pagi sampai sepuluh malam lagi,alang alang terus la dengar talk kan. Yeah! seperti yang semua orang pun jangka, tiga per empat dewan tu penuh dengan sisters okay. (nampak tak nampak tak) *cik kak semua nak ambil tahu,nak tambah pengetahuan,err termasuk laa aku.

Sambung cerita,Huzaifah 4th year student uia,sekarang 23 tahun,baru kahwin dalam bulan dua tahun ni. Kenapa kahwin? Aku rasa laa sebab alasan biasa,nak elak berlaku benda tak elok kan :) Dia kata niat nak kahwin tu ada sejak 1st year lagi,tapi kena lah sabar sikit (atas alasan apa aku tak ingat). Nak mintak restu dari keluarga,itu yang paling mencabar kot. Yelah belajar tak habis lagi tapi dah ada cita cita nak sara anak dara orang kan. Kata dia yang penting mesti ada rasa tanggungjawab dalam diri tu,bukan nafsu semata! Berbalik pada cerita nak mintak kebenaran nak kahwin tadi,dia ambil masa dekat semingu juga nak fikir ayat kaw. Satu hari dia duduk dengan ayah dia & terus dia bagi tahu yang dia nak kahwin. Bapak dia jawab okay! Woaa, gilaa lepak kan? *mungkin ayah dia rasa dia dah cukup matang kan.

Kahwin muda salah ke? Aku belajar satu term baru NIKAH KHITBAH (nikah gantung). Maksudnya dekat sini,korang kahwin tapi korang macam jarang bersama. Bagus apa! Yang penting kalau korang nak pergi date berdua atau apa apa kan,tak payah takut la semua pun halal dah. Kalau TERmengandung pun tak apa dah tak salah pun kan. Lagi baik macam tu daripada jadi hal buang anak semua kan. Nauzubillah! 

Ahaa balik rumah aku buat eksperimen! Lepak dengan ibu lepas tu bagi dia soalan yang boleh buat dia rasa nak lompat dari duduk. "Ibu,akak nak kahwin!" (sambil senyum senyum manja). Ekspresi yang aku dah boleh agak tambah lagi ayat yang aku rasa semua orang pun akan cakap "Ehh,dah gatal sangat ke nih?" sambil bagi muka ragu ragu. Mesti la ibu ingat aku dah kemaruk nak kahwin dengan si ARU tu. Aku pun gelak ala ala pontianak,aku cakap laa aku saja nak test ibu. Kata ibu yelaa,boyfriend pun tak ada tiba tiba nak kahwin pulak -.- *ibu bagi muka panda kat aku.

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya? Aku pun tak tau,tapi kalau rasa dah cukup matang,dah bersedia,cukup rasa tanggungjawab,kahwinlaa :) Ohh ada doa ni ustazah tu praktikkan lepas solat

"Ya Allah,andai dia di ciptakan untukku,andai dia memang jodohku,andai dia yang terbaik untukku,kau PERMUDAHKAN lah"

*extra*  Budak uia kahwin sama budak uia dapat elaun weh! =) moralofthestory? Masuk UIA!!

P/S: Dah dah korang jangan nak berangan sangat! Tak payah nak senyum senyum pulak,masing masing pakat telefon mak ayah  nak mintak kahwin :)p


4 comments:

MissButterfly said...

nakkk nakkk . hehehehe :p

pemuzik jalanan said...

haha dayang nak kahwin? skrg pun bole!
jemput saya eh nanti haha =p *gatal

anah said...

pricess geleng ! suka part dpt elaun tuh..hik3 ^^
*mataduitan =P

pemuzik jalanan said...

haa tu laa kahwin pun dapat duit
cambest je an :)