12 January 2011

Bila semua tak menjadi

Pejam celik dua belas hari sudah tahun baru berlalu. Dua belas hari aku manfaatkan sebaik yang boleh. Aku lakukan aktiviti berfaedah seperti makan roti gardenia,buat larian dua puluh empat pusingan dalam bilik, makan biskut marie, kacau anak dara pak meon, tenung segala buku dalam library, main mata dengan abang bangla cafe *dia yang ngorat aku.

Lagi dua belas hari nak plan apa? Biar dua belas hari lagi datang lepas tu lagi dan datang lagi dan lagi dan lagi. Sampai satu saat dah cukup setahun tapi dua belas hari tetap datang dan berlalu pergi.

Kenapa mesti dua belas? Apa kena mengena dua belas? Aku pun tak tau. Bila kau rasa semua benda tak menjadi. Rasa sedikit tekanan. Tolong jangan jadi gila.

No comments: