26 February 2011

Pertembungan tiga negeri

Pergh sekali dah macam iklan la pulak. Ceit! Bukan bukan gua bukan nak cerita pasai iklan kat tb, cerita pasai akedemi fantasia ke, usop ke *makin lama makin obses dengan usop -.- Eh apa tadi aishh maklumlaa sejak umur dah makin meningkat nih pergerakan jari serta neuron tidak sekata. Jap bagi aku sesaat nak fikir balik apa aku nak cakap ni.

.....................................................................

Hah! Haha apaa daa ni haa cerita dia. Aku ni baru habis sem 2 jadi nya mestilaa kena cerita touching punya cerita. Yelah kena pisah dah dengan roomate. Kalau kau kata "Elehh,macam la tak jumpa" Duhh! Sorang duduk ganu,sorang lagi duk klate. Aku pule di KL. Tak ke jauh aku nak merantau tu. Last last memang aku kena duk kat jalanan pulak nanti.

Okay u'olls masa aku mula masuk mahallah dulu aku jumpa nadiah dulu. Dia orang kelantan laa tapi aku tak perasan pun sebab dia duk kecek luar (cakap bahasa biasa tanpa ada slang klate). Aku layan jelaa. Lepas tu masuk lagi sorang hah dila namanya yang ni pun samaa cakap takdaa rupa orang makang kepok lekor pung.

Ahaa so memang takdaa la masalah aku nak borak dengan diorang. Dulu kawan aku pun ramai dari kelantan. Setakat ore duk tanya aku ade dok saing dari klate huh meme aku terer la jawab. Tapiii nok kecek ganu nih aku memang sumpah failed! HAHA, memang awal awal kenaa banned sebab aku buat rosak bahasaa je. Aku pi bantai letak 'ang' kat semua perkataan. Memang cam haram la bunyi dia kan.

Ada satu masa nih semua dah habis kelas petang. Dah tu kitorang lepak la kat bilik. Tetiba roomate aku yang kelantan ni duk tanya dengan yang dari ganu nih.

Ore ganu kalu ye nak kate mende tu manis sungguh ye panggil nape eh?

Ohh ye panggil manih leting. Ore kelate sebut gitu gak ke?


Ha ah laa samaa!

Duhh,mana aci nih aku tak faham apa dorg cerita. Masuk line laa. Apa pelik sangat nih,lagi lagi!

Kalau pahit sangat jadi pahit lepang or pahit lepe

Kalau orang tu putih sangat nak cakap macam mana?



Yang si ganu cakap Putih lepuk, yang kelantan kata putih suweh.

Lepas tu dorg pi bantai tanya aku balik, orang KL cakap macam mana. Hah orang KL ni senang je. Guna satu perkataan je dekat semua perkataan tadi, nanti nampak laa perbandingan tu. Tak percaya? Manis gila Pahit gila Putih gila. Last sekali dorg pun buat konklusi yang orang KL gila *takk aihh dorg main jaa. Tak memasal aku kena pulau dengan orangh KL pulak nanti -.-

Adaa lagi ni,time aku tengah sibuk duk buat tutorial dila hok dari ganu tu,ye datang ke aku. Eh aok meh nok pinjang ubat galang se dengan ghoba. Jadah apa pulak laa ubat galang tu,aku ingat dia sakit ke hapa an. Rupanya nak mintak ubat pensel tekan dengan rubber. Cakap laa awal awal aishh makin bekerut muka aku kalau hari hari macam ni.

Lagi? Hah ini lagi best time aku tengah syok blaja math kan kena express in lowest term ahh menda tah. Kawan aku yang kelantan ni ajar. Tengah duk ajar tu boleh pulak dia speaking dengan aku. Ni bawak tubik unknown x ni keluar. Bawak tubik ye keluar dulu. Perghh! Sumpa aku bantai gelak.

Adehh tetiba aku rindu dorg doe. Kalau takdaa dorg duk mesti aku tak tau apa tu koya, supik, nawok, gelenya, gege. Cukuplah tu. Nanti aku pi tuntut ilmu belajar bahasa dengan dorg lagi



Baru tau mokte tu sebenarnya rambutan, takdaa la lame mana kan?

4 comments:

farid fizi said...

standard laa tu kite akan rasa sdih...xpe2.. kuatkan hati..kuatkan iman.. bjmp lg nnt diorg akan datg..:P

fadhilmohdzin said...

meh bia ambo aja demo kecek klate..hahhahah

pemuzik jalanan said...

Farid: Hee tu la pasal kan :)

Fadhil: Mu aja la kawe nok kecek klate bia lancar hee

Malbatt said...

Saya selalu sebut 'putih melepak'