13 March 2011

Akhir rasa.

Di seberang sana ada manusia yang sedang bergelut dengan kematian,
Kita di sini masih mampu berlagak tenang,
Masih mampu berjalan ke kelab malam,
Meronggeng dari tengah pagi hingga subuh datang,
Sekadar update berita dari sana sambil buat muka kasihan.

Sedarlah manusia,kita berada di akhir zaman,
Sedangkan negara yang begitu pakar dalam teknologinya juga tak mampu melawan kebesaran tuhan,
Dengan sekali harung hilanglah segala kemegahan,
Bangunan yang dulu di bangga,
Binaan yang kukuh strukturnya,
Kini apa yang tinggal cuma cebisan sisa.

Mari muhasabah diri,
Sama sama dekatkan diri pada tuhan,
Kerna manusia sering alpa,
Perlu sentiasa diingati,
Andai ada terlajak perbuatan,
Mari kembali ke jalan yang sebenar,
Jalan kebenaran yang penuh keberkatan.

Bersyukur kerna kita masih terselamat,
Mungkin belum masanya ujian tuhan datang menimpa,
Eloklah kita bersedia untuk hadapinya,
Andai ia tiba esok lusa.

Mari sama sama kita berdoa,
Agar mati kita dalam keadaan yang sempurna,
Biar mati kita dalam iman,
Mati kita dalam Islam.

Amin Ya Rabbal Alamin ~

Hidup kita,mati kita semua di tangan-NYA :')

6 comments:

ghost writer said...

bukan berlagak tenang..

cuma belum sedar kalau ia semakin menghampiri kita..

TheRebelKid/PrmpnDkwtMrh said...

benar kata kamu ni amira.

memang seriau juga dibuatnya bila tengok video tsunami tu. T___T

kuasa tentera Allah. daebak!

FatinHusnaKamaruddin said...

amira syuhada

this comes from you.

you amaze me dear
ye dunia sudah smpi ke akhirnya.

:)

amira syuhada said...

ghost : Aku rasa kita patut sedar mulai sekarang kan

perempuandakwatmerah: :') rasa takut tu yang akan bikin kita sedia

husna: :) thankiuu tu la kan hmm

intan.maisarah said...

.

.berfikir.

semoga semua urusan kita dipermudahkan

amira syuhada said...

InsyaAllah intan :) Amin.