28 March 2011

Hidup tak selalu indah.

Marah! Memang aku marah. Kenapa ada lagi jenis manusia yang takda hati perut macam ni. Nak samakan dengan hapa pun tak tau. Ahh binatang! Kau manusia ke hapa sanggup bantai anak semacam tu sekali. Mana perasaan belas kasihan kau? Mana akal yang tuhan bekalkan?

Kasihan dia, si anak tak berdosa. Dia datang pada aku dengan bibir yang bengkak, kepala berdarah. Aku tak mampu buat apa. Mampu lihat kesengsaraan dia. Sambil dia kongsi cerita, raut muka dia tenang cuma mata sikit merah, mungkin dia cuba tahan rasa di dalam. Aku.. Saat dia mulai buka cerita, tentang hidup dia, kisah keluarga dia. Dia di buang emak, hilang ayah. Di belasah ayah tiri lagi. Mata aku bukan takat berkaca kaca, dah basah kuyup dek penangan air mata. Kau lihat betapa tabahnya dia. Kasih sayang dari keluarga tak dapat. Dari ayah tiri lagi laa.

Sedih. Aku tak mampu tahan perasaan. Kasihan. Remaja seusia dia perlu membanting tulang demi si ayah yang hanya tahu teguk air haram. Bila mula high,tak dapat apa yang di hajat, pada anak dia lepaskan amarah.  Pernah dulu dia lari, tapi nasib ayah dia dapat cari. Buat report pada abang polis? Mereka bagi dia duit JEE. Deym! Kau gila apa? Mana dia keadilan haa?! Rumah anak yatim pun dia pernah pergi tapi sebab dia ada penjaga jadi, YEAH! mereka maklumkan pada si ayah tersayang perihal kedatangan anaknya.

Kasih sayang dari keluarga sendiri pun tak dapat. Nak minta simpati ayah tiri? Huh! Lain yang diberi. Pernah kau bayangkan kepala kau dihayun dengan rantai besi? Hari hari kau di kurung dalam rumah sambil tangan di gari. Sepak terajang sudah jadi makanan ruji. Sungguh la dia manusia kuat! Lepas luka dia di rawat, dia pergi bawak diri. Nak ke seremban cari saki baki ahli keluarga yang mahu terima diri.

Kasihan. Dia lari lagi entah kali ke berapa. Semua sebab si bapa yang......*aku tak tau macam mana nak gambarkan dia. Kejam! Dia kejam. Sangat kejam. Aku doakan si bapa tiri cepat cepat la bertaubat. Kubur dah memanggil tapi kalau masih tak sedar diri, tak tahu laa.

*lap mata, hembus hingus
 

Dah aku nak sambung study.

Kalau kau rasa hidup kau susah, banyak sangat dugaan. Kau patut pikir ada orang yang hidup dia berganda lagi payah tapi dia mampu tersenyum tenang. Belajar bersyukur.

4 comments:

Unknown said...

able to make me feel angry. nice entry! memang kurang ajaran betul la orang macam ni..ish2 kesian!

AkuMuzikFilem said...

kisah benar yang kau tengok sendiri? neway saja jalan2 pas tenet dah ok sket ni.hehe

ghost said...

sebenarnya ko tengah tengok citer aper nih amira?majalah 3 ker?

pemuzik jalanan said...

@ıʇɐʎɐpıɥ lnɹnu
tu la kejam sangat tu. Takda hati perut lansung.

@AkuMuzikFilem
Yeee kisah benar nih bukan rekaan laa,haa jalan laa lagi ;)

@ghost writer
-.- aku belasah kau kang ghost. Kau ingat aku tengok cerekarama apa. Ini real punya laa,depan mata.