26 June 2011

Sisi gelap.

Aku punya keinginan yang agak pelik jugak laa semenjak dua menjak nih. Rasa nak zahirkan watak antagonis yang ada dalam diri dan tak pernah aku tonjolkan.

A ah. Aku punya keinginan untuk buat jahat. Buat perkara yang tak sepatutnya buat. Buat tanpa rasa bersalah. Lepas buat kena bajet cool. Teringin nak rasa macam tu.

Nak belasah orang yang suka buat tahi dengan aku. Kasi tumbukan padu. Ajak geng. Aku ketua la! Lepas dah rasa puas,harusla keluarkan ligther sama rokok. Sedut dua tiga asap sambil buat muka awesomeeee hebat. Hembus keluar asap bentuk M-16. Pergh! Cool kan?

Belasah orang mesti laa waktu malam kan. Dah tu, merempit pulak. Tonggek atas motor. Lentik tak lentik? Singgah zouk pulak. Menari sambil dengar muzik yang pekakkan telinga. Oh! Orang cool kena mencarut, Tahu? Tak main laa saya awak, i you segala. Eiuuu... Tak hensem laa nok.

Um lagi apa. Haa, lepak laa kat luar sampai ke subuh tak balik rumah. Dari zouk ke kelab dangdut lepas tu gerak pergi karaoke, kelab orang tua, kelab golf, kelab itu, kelab ini. Segala kelab wajib pergi! Lepas azan subuh balik laa. Eh, mesti la nak solat! Huh?

Celaka kau.


Ahh! Hidup aku dah cukup baik sekarang :)

9 comments:

cik ciput said...

amboi..sakannya keinginan sisi gelap tu...kemain eh...

repot ibu kamu baru tahu.. =p

Edy said...

aku taktau la apa jadi kalau geng kau bertembung dgn geng aku.

HAHAHAHAHAA~~~!

pemuzik jalanan said...

@cik ciput
Eleh kakak okay la tu :p

@Edy
Heh aku paw geng kau habis habisan nanti!
Cehhh -.-

izzad b* said...

geng yg menkutkan!ahaha

Mehmed - said...

em..pengaruh filem, mulai sekarang tengok boboboi je tau Ahaks!


*solat tu sepatutnya dinding kepada perkara mungkarkan?aku baru tau.hehe!

ENCIK TIKUS said...

ini baru nonton filem kl gengster ke ? kahkah

pemuzik jalanan said...

@mehmed
Haha, eh eh ngeng ;p
Yelaa kau menang.

@ENCIK TIKUS
Taklaa iteww cuma tengok cartoon jee haha

PrmpnDkwtMrh said...

hahaha. lawak-lawak.

kadang-kadang memang ada fikiran-fikiran jahat begitu kan. ;p

pemuzik jalanan said...

@PrmpnDkwtMrh
Hah kan! Tu laa rasa jee bukan nak buat pun ;p