Series aku rasa miserable gila. Okay miserable bahasa melayu apa eh? Google translate lah nanti. Aku ada kawan. Kawan laa kan. Lelaki la. Aku rapat dengan dia. Lepastu aku macam suka dia. Okay tipu aku memang suka dia. Hello! Ada ke manusia yang tak suka kawan dia. Kan? Camna nak cerita. Selama ni aku rasa okay je. Lek lek je. Tapi sekarang rasa dia lain. Err rasa yang pelik yang dekat hati.
Harini result upu keluar. Dia dapat pi sabah. Okay la. Best. Entah kenapa aku rasa sedih yang melampau yang alahai susahnya nak describe. Maaf, maksud aku susah nak jelaskan. Tiba tiba rasa sebak. Kelakar lah. Tapi memang er nampak tak aku macam serabut. Aku tak tau mana hilang minah hensem yang selama ni ada dalam diri.
Aku masuk bilik air, aku tengok muka aku. Comel je. Pipi donut mata panda. Kalau ikut cakap liyana jasmay dulu kan dia kata hey hey hey hey aku tak percaya cinta. Tapi lepas tu ada lagu baru keluar, memang benar aku sudah jatuh cinta. Tengok, liyana jasmay pun rasa miserable. Tapi lagi,tak mungkin ini cinta. Ececeh.. Tapi sejauh mana kita menolak dia datang jugak nanti. Waklu! -.-
Apa pokok pangkal entry ni pun aku tak tau. Apa yang aku nak cerita pun aku tak tau. Miserable. Perasaan yang sangat miserable. Kenapa nak ada perasaan macam ni. Aku macam tak percaya je. Konon macam baru perasan aku ada perasaan nak suka orang. Awesome! Tapi series tak best. Mana rasa bunga bunga. Miserable lagi ada laa.
Jadi seperti biasa kita keluarkan kata klishe. Kalau ada jodoh ada la. Tak perlu risau.
Kesimpulannya, aku perempuan dan aku normal. Hua hua.
5 tahun?
Macam macam boleh jadi.
Macam macam boleh jadi.
18 comments:
kalau kau dah anggap dia kawan,maka dia akan anggap ko tak lebih dari seorang kawan juga.
kalau ada cinta selepas itu,ko simpan sehingga ko tau yang dia tak pernah menyintai ko.sakit kan..?tapi takper,ko dah lebih ke depan dari dia.satu masa dia akan tanya bila dia tau,dan ko dah punya jawapan.
aku masa sedih aku lebih suka habiskan kesedihan aku.sbb lepas itu aku sure,aku tak sedih.caranya mudah,tunjukkan kesedihan.ah,nikmatnya bila kesedihan itu beransur hilang..
Kau tolong doakan aku pun cukup. Kalau semua orang doakan aku mesti okay punya. Hee aku takda mengharap mana pun. Sikit je. Kot. Tapi aku lek jee :)
Oh dia tanya apa ghost? Will you marry me? Aku nyanyi lagu colbie callait i do i doooo... haha
ohkay :) terima kasih ghost! Banyak kasih.
:) kawan ?
rasa?
suka?
sakit?
jaga sahaja hubungan kawan itu
aku,
kalau sangat rungsing
aku suka menyanyi,
kuat kuat
aku tak pandai main ala musik
aku hanya tahu menyanyi
mewarna..
itu aja
..
hey,
moga kamu pertemukan jodoh yang terbaik
meh sini sep dngn aku .
@intan
Rasa kecamuk segala perasaan ada.
Nyanyi kuat kuat memang rasa sangat cool.
InsyaAllah, Terima kasih :)
@elina
Sep muka kau. Yess!
pergghhhhh. macam kesinambungan cerita KOIZORA je.
hati takde bunga takpa, jgn jiwa takde rasa. kau kool je.
baiklah, aku sudah hilang kata nak bagi advise apa. kbai ;)
satu jer...bro tlg tukar template lain ...aku teraba2 nak baca lah....keh3
dgn ini, sy ingin mendedikasikan lagu berjudul 'crush' nyanyian david archuleta kepada minah hensem, dgn ucapan, jgn sampai satu hari nnti awk jadi 'a little too not over you, eh him'..haha
*lek ar dik..nk bgi ayat cliche jugk..kalau dah jodoh x ke mana.. =p
@Edy
Alah cerita tu sedih la dii :(
@RepublicAku
Haha, baik. Nantilah.
@cik ciput
Boleh tuju lagu? Hee.
Ye kak saya tau tu ;)
Haih awak :( Ayat klishe tu nampak simple, tapi besar maknanya. :)
Sebab ayat klishe tu memang bermakna.
Ada benarnya..
5thn..jangan cuba cinta jarak jauh weh Ahaks!
Mana kau hilang weh?!
Ahaa ntah laa med aku pun tak tau.
Kalau dah jodoh aku hentam jelaa.
Jauh pun boleeee...
Cinta jarak jauh susah, mungkin? Sobbs :( beliau dapat Sabah kos apa itu?
Sangat la ep. Susah...
Um medic :)
lor. jatuh sayang la tu kiranya
selalu main gitar lagu apa?
@amf/nuar
Haha sayang? Ntahlaa. Mungkin. Eh ye. Ntah.
Lagu simple chord jela. Biasa je. Aku tak reti baca tab. Ajar lah! Jom.
Post a Comment