02 August 2011

Gagal.

Semua orang penah lalui proses yang sama kan. Gagal dalam hidup, gagal dalam pelajaran, gagal dalam cinta. Gagal itu, gagal ini. Kalau pertama kali kau rasa gagal, mungin kau akan pujuk diri. Takpa esok masih ada. Takpa gagal sekali bukan selamanya. Takpa pengalaman.

Kata kata yang sama. Konon dapat ubat hati. Rilekslah, semua orang pun pernah gagal. Tak. Tak sama. Kot. Mungkin. Ntah.

Bayangkan kau berusaha, pada masa yang sama kau terus terusan merasa kegagalan. Apa tandanya? Untuk kali ke berapa puluh ratus kali kau gagal lagi. Mungkin pada pengamatannya kau sudah lali dengan kegagalan yang sama tiap kali tapi ternyata kau masih belum kebal lagi.

Sering kali kau cuma mampu berpura pura tersenyum senang sedang dalam hati.... Gagal. Rakan paling akrab kini.



Teruskan apa yang perlu diteruskan. Moga moga, diri tak jumpa kegagalan lagi.
Diam.....

14 comments:

Edy said...

kalau kegagalan itu datang dan kau merasa gagal lagi, lalu kau tak berani bangkit lagi untuk lawan gagal yang mungkin datang lagi, maka ini nasihatku :

KAHWIN JE TRUS!!!

:P

ghost writer said...

fikirkan kejayaan.maka kegagalan cuma sampingan halangan yang berpaut pada bahu kau ketika menuju kepada kejayaan.bagi aku kegagalan itu tidak apa-apa.

pemuzik jalanan said...

@Edy
Hah kalau la semua benda sesimple itu. Kahwin pun boleh jumpa gagal jugak.

@ghost writer
Kalau kegagalan tu dah jadi sebahagian dari hidup macam mana ghost. Bukan tak bersyukur tapi tu lah kadang putus asa jugak rasa.

ghost writer said...

ala bisa tegal biasa.

jangan rumitkannya.ubah ia jadi satu kebaikan.

pemuzik jalanan said...

Baikk. Aku cuba. Cuba cari kebaikan sebalik tiap kegagalan yang sama.

Yess bos! Terima kasih lagi.

hanaahmad said...

aku hidup atas tiket kegagalan dan walau aku masih tidak berjaya lagi sekurang-kurangnya aku sudah semakin melepasi fasa kegagalan. kau mampu lakukannya. perjalanan masih panjang.

pemuzik jalanan said...

Perjalanan masih panjang jadi makin banyak fasa kegagalan kena tempuh lagi. Pengsan lah kejap macam ni.

xshahidx said...

rugi klu xpernah rasa kegagalan, mcm mkn daun kemuning cina,mmg pahit tp bila minum air kosong rasa manis je lepas rasa pahit tu!

pemuzik jalanan said...

Harapnyaa cepatlaa rasa manis tu datang. Rasa pahit lama sangat boleh bikin deria mati.

ENCIK TIKUS said...

'fail, fail again. feel better'

kekekeke..

pemuzik jalanan said...

fail fail again, fail lagi. Fail terus. Feel better?

dayya said...

bila kau menghadapi kegagalan paling terbawah di kemudian nanti, kau akan kata kegagalan sekarang cuma luka kecil dari luka yang lebih dalam.

teruskan berusaha. menangis sahaja bila sakit menghadapi kegagalan. kemudian itu, bangkit semula dan jadi lebih kuat.

cik ciput said...

kegagaln tu manis tahu?bila berjaya bangkit dari kegagalan..bila imbas semula macam mana kita berusaha bangkit, oh nikmatnya tak terkata..

*gagal, rencah hidup dik..sape yg tak pernah rasa gagal? tpu la kalau takde!

pemuzik jalanan said...

@dayya
Tu laa harapnya macam tu la, airmata dah habis untuk hadapi kegagalan lagi. Moga dapat terus bangkit lain hari kalau gagal lagi kan.

@cik ciput
Manisnya di mana kak. Saya masih tercari sampai sekarang. Mungkin nikmat gagal tu belum saya jumpa

:)