20 March 2012

Diri.


Hari selasa penuh serabut ini aku mulakan dengan muka masam mencuka, bibir muncung sedepa. Ada masanya aku terpikir juga, kenapa perlu jadi dewasa, kenapa perlu belajar tinggi, kenapa perlu masuk universiti. Apa, apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup? Takda....

Jangan kasi aku ayat kliche, aku tau tujuan hidup manusia sebagai khalifah di bumi tuhan. Aku tahu... Aku tahu tu, jangan nak pertikaikan. Cuma yang lain nya? Apa? Buntu. Terlalu. Hidup untuk orang, belajar untuk jadi seseorang tapi hidup aku sendiri tak serupa orang. Serabut. Kalau aku mampu, mahu dihentikan terus masa. Biar kekal pada usia setahun dua. Cuma perlu merengek mintak dibelai. Cukup.

Bila sampai tahap ini, rasa macam manusia bodoh pun ada. Sebab apa? Sebab jadi manusia tak tahu syukur. Satu lagi, kenapa ntah selalu pandang rendah pada diri sampaikan ada masanya, untuk hidup pun belum tentu aku rasa layak. Rasa marah sangat pada diri, sebab tak pernah cuba hidup... Tak pernah cuba. Kalau setakat tarik nafas, hembus. Aku tahula.

Kalau tak layak hidup, takkan nak mati? Nak jawab soalan munkar nakir nanti pun belum tahu lepas. Heh!


Heh?


8 comments:

Edy said...

Heh.


Heh lagi.


Heh!

pembaris said...

kena kawen kot.ada tujuan sikit

APi said...

melalui fasa baru nampaknya..
bagus lah

Cangkul Emas said...

rileks, hidup ini perlukan adventure.
kalau tak, kuranglah harumnya.
haha..

hanaahmad said...

awak lupa sesuatu.

syukur.

awak nak saya bebel lagi macam semalam?

nak?

heh.

ghost said...

orang kata kalau nak tau rasa basah, kena turun ke air. kalau sekadar tengok dari tebing, takkan tau apa erti basah.

hidup pun begitu.

AkuMuzikFilem said...

hadap je. best apa zaman belajar. rasa macam nak sambung jer

pemuzik jalanan said...

Dii- Heh?

pembaris- Hah, kamu duluan.

APi- Frasa lama, masih sama.

Cangkul Emas- Masih mencari harumnya hidup.

Kak hana- Cukup. Dah tepu. Hee

Ghost- Sedang cuba,masih. Oh, selamat kembali!

AkuMuzikFilem- Best, bila hidup bukan cuma sendiri.