30 April 2012

Layang-layang terbang tinggi.


Kau tau, sejak aku umur tiga aku punya kesayangan. Layang-layang. Mana aku pergi dia harus ada sama. Benda paling aku sayang, dari dulu sampai sekarang. Aku selalu kongsi segalanya dengan dia. Semua. Segala. Kau tahu kan, bila kau sayangkan sesuatu kau tak kisah tentang benda yang lain yang ada di sekeliling kau. Macam tu juga aku. 

Layang-layang ini, sentiasa ada depan mata. Aku takut hilang dia. Kalau dia terluka, aku yang menangis dulu. Kalau ribut petir datang dan panah jiwa dia aku yang menangis dulu. Aku selalu peluk dia, aku kata apa pun jadi aku akan selalu ada untuk dia. Sayang aku pada dia, kalau mahu ditukar nyawa aku untuk lihat dia terbang gembira, aku sanggup. Takpa. Hidup aku dah cukup segala.

Empat tahun dulu, aku terpaksa tinggalkan dia. Aku terpaksa biar dia terbang keseorangan. Aku tinggalkan dia di padang luas penuh layang-layang lainnya. Dua tahun, aku terpaksa berpisah dengan dia. Bukan berpisah sepenuhnya cuma aku tak selalu ada. Tak macam dulu. Kalau dulu bila dia terbang jauh sikit, perlahan aku tarik dia balik. Sikit pun pegangan tali aku tak lepas sebab aku tahu dunia ni penuh bahaya. Kejam. Aku lepas dia tinggi, aku tarik dia semula. 

Untuk dua tahun aku pergi, dia terbang terlalu tinggi, jauh. Terlalu jauh sampaikan aku tak mampu nak tarik dia kembali. Kalau aku rentap tali kuat, aku takut tali putus dan dia terus hilang dari pandangan. Aku fikir selama ni dia mampu terbang sendiri, tapi tak. Dia belum mampu. Sekarang dia terbang ikut sama layang-layang yang bermacam warna yang ada waktu aku tinggalkan dia.

Kecewa, aku sikit kecewa. Sekarang aku cuma mampu berharap dia dapat sedar dan turun semula. Aku takut, kalau nanti ribut petir datang sambar dia. Dia nanti aku tak jumpa. Takda yang bisa ganti tempat dia. sebab pada aku dia, layang-layang teristimewa.

Tak pernah putus doa aku pada tuhan supaya bawa dia pada aku semula. Tunjukkan dia jalan pulang, jalan yang sebenarnya. Aku tunggu. Aku nampak dia, tapi dia hilang dalam keramaian dia atas sana. Aku mau layang-layang yang dulu. Yang selalu sama aku, selalu tenangkan rasa aku, yang selalu buat aku senyum. Aku rindu zaman kecil, waktu kita main sama-sama. 

Kau seronok di atas sana. Kau tak nampak sisi gelap dunia. Mari datang semula pada aku, genggam tangan aku. Aku takkan biar kau sendiri lagi. Aku janji. Mari sayang. Ikut aku.





Tuhan, cuma kau yang dapat bantu aku. Kembalikan layang-layang punya aku.

11 comments:

http://apy-10.blogspot.com/ said...

terbang tinggi .. terbang lagi

Edy said...

Layang-layang.

Metaforanya terlalu luas. Kau bijak. Demm! Hahahahaaa.

Cangkul Emas said...

Ini layang-layang rupawan nih!





kbye.

APi said...

didakap kuat risau ia renyuk..
dilepas tinggi risau tali putus..
jadi main tarik lepas tarik lepas jadi pilihan kau ya?

Anonymous said...

Biar dia terbang tinggi, biar dia merasai kelamnya awan. Lihat sejauh mana dia mampu terbang bebas tanpa kawalan tali yang kau genggam dik. Bila putus talinya, baru dia tahu langit tinggi atau rendah.

:)

pemuzik jalanan said...

Apy-terlalu tinggi bahaya.

Didi-kau faham dii? :)

Cangkul Emas-rupawan buat aku.

APi-cuma itu jalan yang terbaik tika itu.

Anon-tapi kalau dia terus hilang, tak pulang... Saya takut.

pembaris said...

laynag-layang ni orangkah?

pemuzik jalanan said...

pembaris- :) mungkin ya, mungkin tak.

Ariff Masrom said...

Layang-layang. Menarik.

Pondok Usang said...

zaman kanak2 ku dulu layang-layang empat kupang..

shafiqahkay said...

kau tarik terlalu kuat ia akan jatuh,
kau genggam pula ia longgar-longgar,
maka ia akan pergi.....
bila ia pergi, selalunya ia akan lupa pada tangan yang menaikkan..

dan itu sakit...sesungguhnya sakit.