26 April 2012

Sang unikorn putih.


Dalam dunia serba gelap. Sunyi..... Terlihat seekor kuda bertanduk terbang di awangan. Makin lama makin dekat, terus dekat. Seinci lagi tanduk emas kepunyaan kuda tadi hampir menusuk mata kiri. Peliknya, kenapa aku tak lari? Hey, dia makhluk pelik! Hey, kuda terbang bertanduk emas? Hey, aku di mana?

Aku tenung dalam mata bulat hitam pekat dia, aku usap leher dia. Perlahan. Aku tenung lagi lama. Kosong. Cuma aku, dan kuda terbang tadi. Oh, aku lupa, lebih elok kalau aku panggil dia unikorn. Unikorn putih, bersayap juga bertanduk emas. Masih seperti tadi, pada keadaan sama. Aku tenung dia, dia tenung aku. Tapi bila dia tenung dalam anak mata redup punya aku, aku dapat rasa dia sedang selongkar jiwa aku. Lama...

Unikorn putih pejam mata. Aku lihat dia tunduk hiba. Aku cuba bertanya kenapa, tapi...bodoh apa? Manusia mana boleh cakap dengan haiwan. Masalahnya, dia bukan haiwan. Dia unikorn. Unikorn ini duduk di alam magika, jadi apa pun boleh berlaku. Bodoh. Ya, kau yang bodoh. Bodoh!

Wahai sang unikorn putih, siapa yang bawa aku ke sini?
Kau sendiri yang datang wahai manusia yang ranap jiwa, kata dia. 

Aku terus tanya, kenapa cuma aku dan kau saja yang bernyawa di sini? Kenapa dunia kau gelap gelita?
Dunia ini, dunia ciptaan kau. Gelapnya dunia ini kerna kau yang mahukannya. Kau tahu, dulu dunia aku penuh warna. Sini sana penuh cahaya, tapi sebab kau. Kau, manusia yang lemah jiwanya, kami di sini yang merana. Bangkit terus wahai manusia, jangan jadi kaca, kalaupun hati kau kaca, cuba naik taraf jadi kalis peluru pula. Jangan cuma kerna kau, kami yang terima padahnya. Lihat sekeliling kau, lihat sekarang. Dinding jiwa, ini itu ini (keseluruhannya) rosak semua.

Diam. Diam terus aku tak berkutik. Jadinya, selama ini yang hancurkan diri bukan orang lain. Sikit- sikit aku mulai paham. Dia senyum. Kata dia lagi, gadis, aku cuma minta satu. Berikan aku dunia yang dulu. Aku mahu terbang tinggi sambil ditemani sang pelangi. Jangan dibiar hujan terus membasahi dunia kami. Gadis, kamu kuat juga hebat cumanya kamu selalu biar diri dipijak. Aku tahu, kamu mampu. Bantu aku ya? Aku tunggu ya?

Ya, aku ingat dulu dunia kau bagaimana. Aku ingat. Aku janji aku akan bawa dunia kau yang dulu ya? Nanti aku jenguk kau disini lagi sang unikorn putih. Aku bakal datang dan bawa kau ke dunia kau yang sebenarnya. 


Off sober girl and white unicorn.




9 comments:

APi said...

masa itu akan tiba bila kena fasanya..
harap unikorn itu datang menjengah aku pula..

- elina - said...

bawak saya jumpa unikorn boleh ?

Anonymous said...

Dan segalanya bermula pada diri sendiri. Jauhnya awak terbang. :)

pembaris said...

sambung rambut dengan unikorn tu??

tadi baru tengok avatar

pemuzik jalanan said...

APi- Waktu kamu bakal tiba, bila? Tentukan sendiri.

elina- Semua punya unikorn sendiri :)

Anon- Yup, ahh saya belum tau terbang tinggi.

pembaris- Ish, macam sama tapi tak berapa nak sama.

Ariff Masrom said...

Oh, kamu juga ada unikorn sendiri? Aku masih tunggu unikorn aku datang. Lama dia tak datang.

pemuzik jalanan said...

Ariff- Unikorn kamu belum tiba, dia belum punya sebab untuk tunjuk muka :)

Cangkul Emas said...

Itu unikorn takde yang betina ke? kesian dia kesunyian..

pemuzik jalanan said...

Cangkul Emas- Aaa kau punya mungkinlaa betina hee