26 August 2012

Pengembaraan pertama.


Masanya kian tiba, makin mampir. Kurang lebih seminggu, aku bakalan pergi tinggalkan kota Kuala Lumpur untuk ke satu tempat baru. Tempat asing bagi aku. Untuk tempoh 20 tahun, ini pertama kalinya aku pergi jauh sedikit dari keluarga.

Perjalanan sepatutnya makan masa 3 purnama. Jauhnya berbatu-batu. Berapa kali pejam celik mata belum tentu tiba ke destinasi yang di tuju. Untung aku punya kenderaan hebat yang bisa tukarkan masa perjalanan dari 3 purnama kepada 3 jam cuma. Taktik hiperbola yang melampau sebenarnya di situ.

Bakalan berada sedikit jauh dari kepompong kebiasaan bikin hati sikit kacau. Tidur malam asyik terganggu, terus jadi  gadis yang lebih banyak membisu. Ini padahnya kalau terlalu memikirkan benda yang belum tentu berlaku. Yang paling utama, di sana nanti bakalan jadi tiket untuk aku lihat sendiri tahap kebergantungan diri. Mampu atau tidak untuk hidup sendiri.

Semoga aku dapat bertahan di sana nanti.  Mohon kalian titipkan doa buat aku.


:)

5 comments:

NADIA said...

Awak boleh! :)

pembaris said...

saya masih berpendapat jarak perjalanan sepatutnya diukur dalam batu atau kilometer.

Anonymous said...

Ada sesuatu yang harus dipelajari melalui jarak.

Moga segalanya lancar di sana.

Saya?

Sentiasa ada.

:)

Anonymous said...

Inilah masa untuk proses seterusnya untuk lebih dewasa..
pasti nanti kau temuinya..

ada apa-apa hal roger je.. =)

pemuzik jalanan said...

ep- thanks makwe!

pembaris- 259km jaraknya.

Anons- Terima kasih, sayang awak dua!