23 August 2012

Seseorang yang dirindui #1


Syawal datang lagi. Dulu, Taiping riuh-rendah dengan suara opah.

"Oii, mangkit cepat! Dah pukui berapa ni hoi!
Anak dara apa ni mangkit lambat ni. Hang nak jadi apa?!"

Bahasa utara yang dulunya, sepatah haram pun aku tak faham...

"Ni ha, hang mangkit sat pi amik cabai kat dalam plastik tu..."
Satgi tolong tokwan pi kutip nyok nak buat gulai.."
Tu camca atas para tu, bawak sini kasi opah sat..."

Cabai? Nyok? Camca?

..................................

4 tahun lepas, opah pergi tinggalkan kami.
Cancer.

Raya pertama, aku pi lawat pusara opah.
Aku nak kasi tau aku rindu dia. Rindu sangat.

Kami rindu opah.
Rindu nak dengaq bila opah jerit suruh mangkit.
Rindu ketupat palas pah.
Semua kami rindu.
Opah tunggu kami naa...


Al-fatihah.


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.


7 comments:

EZAN IDMA said...

rindu nenek. *peluk

pembaris said...

nyiok tua dengan nyiok masak rupa2nya lain.maktok pesan.salah satu gugur yang lagi satu kiat petik atas pokok.tak pasti yang mana satu.salah satu tu yang elok buat ketupat.tak pastijugak yang mana satu.

APi said...

terkenang arwah wan..
hmm, al-fatihah..

- elina - said...

al-fatihah.

moga nnt bila saya pergi,
ada orang yg rindukan saya macam ni.
:)

Mehmed - said...

aku pun rindukan dia,dia,dia dan dia..Al-Fatihah.sabar untuk jadi dewasa.


salam raya Yuha.lamanya..

Ahaks!

asip محمد said...

memang kita manusia macam tu kan? kenangan jadi medium untuk mengingati seseorang yang tiada.. bersyukur gua dilahirkan sebagai seorang manusia..

pemuzik jalanan said...

Kak ezan- *peluk sama*

pembaris- ah semua kam tak tau aihh haa

APi- Kita titipkan doa buat mereka di sana ya :)

elina- InsyaAllah awak, harapnya.

Med- Thanks! Ya tuhan, kau suka sangat hilang ni kenapa...

Asip- Itulah, apa yang ada kita tak hargai kan.