09 September 2012

Sahabat.


Tanpa kalian aku tak mungkin dapat bernafas di bumi Kuantan. Terima kasih sebab ambil berat tentang makan, pakai, hati, rasa, semua! Aku selalu rasa bila tanpa keluarga, aku takda sesiapa. Hari ini, aku tadah tangan, sujud syukur pada tuhan sebab temukan aku dengan kalian yang Subhanallah, baik sangat!

Rasa terharu yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan sebab, bila kau sedih kau takkan pernah sendiri. Bila lapar tiba-tiba ada kawan yang bawak makanan untuk kau. Bila kau tak tau nak kemana, ada yang sanggup bawa kau jalan-jalan. Bila kau nak balik dan tak tau nak beli tiket bas dekat mana, ada yang tawarkan diri untuk belikan untuk kau.

Kau faham apa aku rasa? Allahuakbar, rasa bersyukur sangat-sangat! Tuhan selalu ada untuk aku. Selalu ada.

Homesick tu biasa lah, rindu semua. Tak sabar nak balik nak cerita macam-macam pengalaman walaupun baru enam hari dekat sini.

Nah, terima kasih awak semua untuk hari ini dan seterusanya. Terima kasih untuk semua.

:)


Rindu ibu.

7 comments:

miza kimbum said...

bestnye kalau aku juga begitu T.T

asip محمد said...

see aden dah kobarkan ku ekau tempoh hari.. kuantan taklah bad mana.. well maybe cuaca panas terik sikit.. yelah tepi laut.. tapi apa2 hal.. sekarang dah steady yedak? kah3

ghost writer said...

rilek, rilek, dik. masih baru lagi. baru enam hari. akan tiba masanya satu hari di mana semua itu akan teruji juga. tasik tak selamanya tenang, satu masa raksasa tasik akan mengocakkan tasik.

persediaan, persediaan mental perlu ada. :)

Anonymous said...

Ya, mental perlu sedia..
aku setuju dengan Ghost.. =)

Anonymous said...

Kita sering merasakan keseorangan sedangkan ramai yang sentiasa ada untuk kita. Maka beruntunglah. :)

pembaris said...

kawan saya sanggup tak masuk kerja kalau saya datnag melawat.bukan mintak cuti tapi tak masuk opis ikut suka hati

Cangkul Emas said...

masa asasi aku dulu kat kuantan, skang je dah kat shah alam.

kawan baik memang susah nak cari, simpanlah dan jaga ia baik-baik.