24 September 2012

Bebal.


Kau, cuma lihat aku sebagai seorang gadis manja.
Yang bebal, kerna tak pernah tau apa-apa.
Bodoh, dalam bahasa kasarnya.

Aku telan satu-satu sambil senyum simpul tahan malu.
Diam-diam aku menangis dalam ketawa panjang.
Aku simpan segala rasa dalam-dalam.

Aku mungkin bodoh,
Tapi suatu masa dulu kau pun sama bodoh.
Tak pernah ada manusia lahir terus tau semua.
Aku kira, kau pun sama masih bertatih nak kenal dunia.

Terima kasih kerna berlaku jujur pada aku.
Terlalu jujur sampai aku sendiri tak tertanggung.

Sepuluh kali kau bodohkan aku,
Aku masih mampu diam, terima tanpa bantahan.
Sampai satu tahap (sekarang) aku tak mampu tahan.

Tapi, aku masih diam.

Bodohkan?

8 comments:

ghost writer said...

tak bodoh. tapi dialah yang paling bodoh.

bodoh sebab tak pernah menang buat kau kalah.

Anonymous said...

Dia ingat dia perbodohkan kau, kau akan terus bodoh? Tak, kau tak bodoh cuma dia tak menang.


*Ah, macam sama je dengan Ghost punya.. =)

fierul said...

sama macam aku pernah rasa ..

Anonymous said...

Diperbodohkan oleh orang yang bodoh? Persetankan saja.

:)

pemuzik jalanan said...

Terima kasih awk semua :)
Jadi saya akan terus diam?
Baikkk.

MuhdJijiee said...

Sama-sama bodoh, juga sama-sama pandai.

Biasalah manusia. ;D

Tiada yang sempurna, melainkan Yang Di Atas itu.

Cikgu Ma said...

tiada bodoh kerana kau ada lebihnya

BonekadalamChermin said...

orang yang kenyang
tak pernah bodoh.



eh?