03 October 2012

Oktober 2012.



Aku mengharapkan ada keajaiban datang pada bulan oktober. Hidup sendiri berbekalkan diri sendiri dan rakan-rakan yang...ya, makin menunjukkan belang buat aku rasa rindu rumah makin bertambah. Enam hari pertama dan lepas sebulan di sini, semua tak sama. 

Orang yang dulunya aku rasa baik serupa malaikat rupanya cuma manusia yang berselindung di balik topeng suci. Sini sana orang bukak mulut cerita salah betul manusia lain. Aku cuma mampu duduk, diam dan dengar sesi luahan rasa. 

Si dia tak berkenan dengan yang ini, si itu mula cerita buruk pasal yang ini. Sampai satu tahap, aku rasa semua orang sama. Aku juga. Sama. Serius! Aku sendiri dah pandai buat muka dengan orang yang aku rasa tak suka.

Dah mula nak hidupkan watak jahat dalam diri ke macam mana ni? Konon nak pegang kata "biar orang buat kita, kita jangan ikut sama" masalahnya, orang tahi-kan kita, kita senyum. Belakang dia kita lempiaskan rasa marah, tak puas hati kita. Celaka betul rasa jadi hipokrit ni. Syaiton sangat perasaan dia.

Sekarang, masa dan ketika ni aku selalu terfikir ada tak manusia yang tengah sibuk jaja cerita buruk aku? Mungkin ada...


9 comments:

Aim Mizie said...

Sama seperti apa yang kita sedang lalui. Rambut hitam, hati lain.

Btw, aku bukan gay. Tapi seronok kalau mencuba benda baru. WOW

ghost writer said...

kan dah kata, jangan terlalu awal membuat penilaian tentang persahabatan.

asip محمد said...

welcome to my life dude.. its all about experimental during adolescence progress.. its everybody.. everybody it is.. semoga okay

Cangkul Emas said...

Untuk menilai seseorang, anda perlukan beberapa tahun bersama.

Ikut prosedur.

Anonymous said...

proses pembelajaran tentang hidup sudah bermula..
kuatlah.. =)

LelakiSemalam said...

orang pompuan biasala...bermuka2!

Anonymous said...

sebab itu jangan menilai pada pertemuan yang pertama juga jangan terusan percaya pada yang namanya 'kawan'. untuk membina jalinan persahabatan harus mengambil masa yang lama. selamat menjalani liku hidup dan jaga diri.

:)

pemuzik jalanan said...

Aim Mizie- Biasa. Kan? Oh tak, aku bergurau je.

ghost- Ye aku cepat sangat rasa terharu. Jadi tak nampak mereka yang sebenarnya.

asip- Semua okay :) terima kasih. Bukan semua,segelintir cuma.

Cangkul Emas- Dan aku baru kenal mereka sebulan. Lama?

Awak1- Dewasa. Tak seronok. Tak.

Lelakisemalam- Bukan semua, bukan.

Awak2- Saya ingat ni kakak. Saya ingat. Baik! :)

Pan. said...

"your worst enemy is your bestfriend."