12 December 2012

#PSP1Tahun


Berbekalkan baju kurung aku datang bawak diri ikut dua orang puaka. Kali pertama aku jejak kaki ke PSP, PSP Shah Alam, tema topeng. Event menda la budak berdua ni nak bawak aku, aku kabo diam-diam dalam hati. Puisi, persembahan blablabla... Persembahan kak Qiez menari tu paling aku ingat sampai harini. Tiba-tiba hujan lebat, angin kuat. Power! Waktu ni jugak la first time aku pegang gitar main depan orang. Tak, aku tak perform masa PSP tapi lepas habis PSP, dalam restoran kala hujan lebat. Abang awan nano kasi gitar, 'petik gitar guna hati'. Sambil menggeletar, sambil tahan malu, aku petik gitar lagu fatwa pujangga dengan aku bukan untukmu. Lepasni kalau ada PSP aku nak perform depan-depan! Berani betul hati aku kabo gitu waktu tu. Tapi, sampai sekarang aku tak perform mende lagi.

Sebenarnya PSP ni tiket untuk orang yang selalu pandang rendah dekat diri sendiri macam aku ni untuk tampil ke depan, jadi pemberani. Tunggu sikit lagi aku develop rasa berani, buang rasa malu baru boleh main dua tiga lagu. Eh, impian aku sekarang nak pergi PSP lepastu-- Tunggu laa, tunggu aku berani.

Lagi.. dari PSP la aku kenal ramai orang. Kakak-kakak, abang-abang, teman, manusia yang masing-masing berperangai kambing. Untuk awak semua, saya nak kabo saya sayang awak-awak semua. Kalau awak semua sayang saya jugak, jumpa nanti belanja saya aiskrim je cukup lah. K. 

Jadinya, selamat ulangtahun buat PSP! Terus sukses :)

Sekian.

Yang Comel,
Si Kenyang 2012.


8 comments:

EZAN IDMA said...

sayang awak!

Anonymous said...

kami mahukan pemuzik jalanan perform di PSP nanti..
saya akan usulkan kepada tok ketua.. =)

Jurutera & Kalkulator said...

First time di sini.

Anonymous said...

lepas ni kena sign kontrak jadi retis ZSM. saya akan usulkan kepada tok ketua.

Felly Sophia said...

Sila perform lepas ni dan ambil videonya. Saya teringin nak tengok.

Psss, memang kena berani pun nak perform depan-depan ni. Semoga berjaya!

CassiaSiamea said...

masih menunggu masa itu

mel said...

aku tunggu ! hihihi

Pan. said...

moga terus sukses!!