22 December 2012

Paranoid.



"Kita terlalu memikirkan hal yang tidak-tidak dan manusia-manusia yang sering bikin kacau dalam hidup kita sampai kita lupa untuk meraikan hari-hari indah juga manusia lainnya yang selayaknya kita ingati tiap masa".

Cuma disebabkan seorang dua yang gemar tabur garam pada luka, aku terus tutup semua pintu bahagia. Yang aku nampak cuma hal-hal yang tak seronok mengganggu hari-hari aku. Terus aku jadi manusia paranoid dengan hidup.

Malam-malam aku dipenuhi dengan bermacam spekulasi tentang hidup, tentang apa bakalan berlaku nanti-nanti. Sedangkan setiap pagi, setiap hari aku masih aku yang sama. Masih punya rakan juga kesayangan yang rela jatuh bangun sama-sama. 

Aku terlalu manja dengan hidup atau apa ni? Aku terbiasa hidup dalam keadaan yang aku tak perlu fikir tentang kesusahan jadi aku rasa benda yang orang lain rasa benda kecil, benda paling besar yang aku kena hadapi. Kot. Kan?

Being someone who is a negative thinker is bad. Setiap apa yang berlaku pun, i'll always think about the consequences that might occur even if  it's a good thing. Too bad i don't really know how to appreciate life kan? Someone tell me that i should be more positive, enjoy life to the fullest!

"Kenapa nak sedihkan diri fikir tentang manusia yang cuma seorang dua, ramai lagi yang sayang kau, ramai lagi yang ambil tahu tentang kau. Jadinya, jangan buang masa, buang tenaga nak menyusahkan diri fikir hal yang macam tu".



Berbahagialah selagi punya waktu!


7 comments:

Konspirasi Juruterer said...

Bookmark entri nie,sebab all thing above you said aku pernah rasa.Terima kasih for the thought.

Kerdildesa said...

Sama. Aku juga pernah lalui perkara yang begitu mendukakan.

the typewritor said...

berbahagialah selagi punya waktu.

bagaimana kiranya waktu yang ada mendukakan..

Fauzan Zain said...

persetankan mereka, buat apa yang kita suka!

Anonymous said...

Nyahkan pemikiran negatif tu, kalau ada jugak, dengar lagu Shin Chan dan Doraemon..
=)

pemuzik jalanan said...

Konspirasi Juruterer- kebetulan mungkin. Sama-sama..

Kerdildesa-gitulah lumrahnya hidup

Typewritor- mesti ada hari bahagia, kamu belum jumpa mungkin :)

Fauzan- yaa! Ayuhhh

Kambing- Lagu keluangman jugaaa! Hahaa

hanaahmad said...

kadang-kadang perlu pentingkan diri sendiri juga dari memikirkan hal atau kata-kata orang lain.

:)