17 April 2013

Hari rabu dan aku okay.


Ada dua fakta yang baru aku tahu,

Satu ; Orang yang kita sayang tak perlu berusaha keras untuk buat kita gembira, cukup dengan lihat dia bahagia, dengan itu pun sudah cukup buat kau tersenyum, gembira sama. Kadang-kadang benda yang remeh seperti ucap selamat malam, itu juga sudah memadai untuk buat kita mimpi manis. Ye kan?

Dua ; Orang yang kita sayang jugu mampu buat kita sedih berhari-hari dengan cara yang sama, tak perlu bersusah payah. Ada masanya, cuma kita yang mungkin berlebih-lebihan terasa dengan hal-hal yang sangat-sangat remeh. Sama ada kita sememangnya begitu atau cuma mau menarik perhatian, atau apa aku sendiri tak tahu.

Akhirnya, kalau kita gembira kita akan kongsi sama rasa dan kalau kita tak berapa gembira kita akan simpan dan terus simpan. Aku okay, jerit kuat-kuat. Nanti kau pun okay lah.


Engkau okay. Engkau okay.


7 comments:

asip محمد said...

sejak bercinta ni.. hemboihemboi

pemuzik jalanan said...

Oh yekeee. Sejak bila ye asip?

APi said...

Bertabahlah. Masa sedang berputar

hanaahmad said...

cinta dan sayang memang sentiasa bikin emosi manusia berantakan dan bahagia turun naik. kadang seronok, kadang tak seronok.

pemuzik jalanan said...

Babang- Asyik sangat berputar, mual saya ehek

Kakak- Cinta dan sayang dua benda yang berbeza kan? Takpa yang penting..yang penting apa aja la

~* chirpy_chummy *~ said...

kite baru jumpa awak. hehe

jom makan eskem!

^_^

Päk Läng said...

mahu tak mahu, kita kena redah juga benda-benda celaka dalam hidup kita.

gaya gajah dikjah sudah cukup buat saya ketawa.