09 April 2013

Laki-laki masa lalu.


9 April 2013.

Tarikh ini selalu dia sematkan dalam ingatan.
Tarikh penting bagi dia suatu masa dahulu.

Dulu, dia bakalan berlumba-lumba bersengkang mata untuk jadi yang terawal ucapkan selamat hari lahir berserta pesanan sepanjang dua tiga muka. Dan setiap tahun juga laki-laki April ini akan balas terima kasih dengan emotikon senyum cuma.

Gadis selalu rasa dia perlu jadi yang pertama untuk rasa lebih istimewa.

Kali ini, untuk tahun ini, gadis seakan tak terpeduli untuk ambil tahu tentang apa yang berlaku pada 9 April lagi. Celik mata, lihat notifikasi, baru dia teringat tentang kamu.

Dia tak lupa, cumanya kamu bukan lagi yang utama.

Selamat hari lahir yang ke 21,
moga kamu jumpa gadis yang selayaknya buat kamu.


Good luck Dr.

5 comments:

Felly Sophia said...

Sudah mula belajar angkat kaki atau apa?

pemuzik jalanan said...

Ada yang lebih tahu menghargai, jadi dia pergi. Ya, angkat kaki.

APi said...

Jangan sedih la dedek. Chill, hidup untuk dirai

hanaahmad said...

Mungkin, manusia perlu lebih banyak belajar dari cinta-cinta yang telah gagal. Kerana hidup adalah tentang menghargai, bukan cuma dihargai.

- PakLang.

:)

~* chirpy_chummy *~ said...

kamu tahu tak, melihatkan kamu, saya nampak diri saya yang dahulu.

innocent, jujur, putih.

belajar dari pengalaman. teruskan ke depan. dia yang di belakang adalah kenangan. nah, pegang tangan kami yang masih ada denganmu.

(: