07 May 2013

Magis.


Setiap malam bila aku padamkan suis lampu, apa yang aku harapkan nanti siang, bila cahaya mulai menerobos masuk ke ruangan kamar ada kamu di sisi sedang tersenyum melenyapkan segala gundah yang sedang merajai hati.

Setiap hari, aku cuba bersedia menghadapi segala kemungkinan dengan terbuka. Angan-angan untuk kecapi bahagia cuma untuk suatu jangka masa. Tak lama. Awal-awal aku dah putus asa. Harapan untuk kita juga tak seberapa. Kita sama tahu, cumanya kita hanya mahu pinjam dan kongsi segala rasa ini berdua, ya seketika.

Kita sama takut dengan hari-hari mendatang, kita takut nanti-nanti kita, secara tak sengaja mengecewakan sesama kita. Kita biarkan masing-masing membuat andaian daripada berterus-terang, kerna apa? Kita takut. Kita terlalu takut untuk kecewa.

Pada akhirnya, kau harus pergi bersama cebisan harapan dan separuh hati. Apa pun terjadi nanti, aku tak ingin ambil peduli. Yang penting sekarang, kita masih ada kita. Kalau pun selepas ini kau pergi tanpa pulang lagi dan rindu bakal jadi peneman setia malam-malamku, aku doakan bahagia sentiasa ada buat kamu. 

Jauh mana kau pergi, kalau sudah tertulis kau millik aku, kau pasti kembali. Takdir Tuhan, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Aku rasa apa yang kau rasa.


7 May 2013, kamar tidur, hujan renyai.

3 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

Ada bau hujan cinta di sini.

APi said...

Hujan dan melankoli jarang curang. =)

hanaahmad said...

Walauuuuu raga kita terpisah jauhhhh...namun hati kita selalu dekat...pejamkan mata dan rasakan aaaa aaa aishiteruuuu