17 August 2013

Rahsia Semalam.


Cinta sedang tenang berada di hadapanku,
Merayu aku dengan kata rindu,
Meminta supaya diberi sedikit waktu,
Dari matanya aku tahu dia betul mahu,
Aku pula sedang gelisah di balik pintu,
Menggenggam erat setiap cebis rahsiaku

Cinta, aku bukan milikmu
Tak betah aku menunggu
Kecewa ; kamu atau aku
Terus aku bawa diri dan berlalu
Berlari terus merentasimu
Dan pergi bersama kekasih baruku

Cinta, maafkan aku.



2 comments:

Unknown said...

indah sungguh bait mu

Anonymous said...

jika dia itu cinta, apa pula bagian kekasih barumu?

:)