01 September 2013

Hai September!


Terlalu banyak perkara yang berlaku diluar jangakaan. Selepas Ogos mulai bawa diri, sekarang aku sudah bisa menarik nafas lega. Hidup mulai terarah ke jalan yang sepatutnya selepas melalui lorong-lorong gelap akhirnya bertemu kembali dengan cahaya.

Apa yang penting sekarang, ibuku sudah mulai sihat seperti dulu. Itu, hadiah paling besar Tuhan berikan padaku. Dua kali pembedahan dalam masa satu minggu, dua minggu berkampung di rumah sakit, bersahur, berbuka di sana di kelilingi manusia-manusia yang mengharapkan kejaiban Tuhan... Itu pengalaman paling tak dapat aku gambarkan. 

Sekali lagi, Tuhan turunkan penjaga untukku yang sanggup datang menjengah ke hospital di tengah pagi buta semata-mata untuk hulurkan aiskrim perisa coklat dengan sedikit suntikan kata-kata semangat. Katanya, awak dah cukup dewasa untuk tahu yang satu hari nanti setiap tangisan ini akan dibalas dengan satu kegembiraan yang lain. Jangan malu untuk menangis. Kita akan menangis bila rasa terganggu dek sesuatu yang tak mampu kita tanggung dan menangis adalah salah satu cara untuk kita luahkan rasa. Jadi, menangislah, bila rasa perlu.

Dan, kita manusia, kadang bila gembira kita terlupa untuk pandang belakang dan beringat tentang perkara menjatuhkan kita. Nah, nasihat sedikit pedas.

You, better behave. Don't be overjoy, be moderate while you can.




Dewasa aku cuma pada umur? Ya?

1 comment:

Apy said...

supaya ibu cepat sembuh