Krismas baru saja berlalu. Untuk tahun ini, Santa bawa hadiah begitu besar buatku bersama nota pendek yang dia sisip di dalam stokin yang aku gantung di ruang chimney.
Gadis, tahun ini kamu sepatutnya aku letakkan dalam senarai nakal dan tidak akan dapat hadiah Krismas mu. Namun, kamu bernasib baik kerna ada seorang kanak-kanak lain meminta supaya aku menghadiahkan bungkusan ini kepada kamu. Dalam suratnya, dia tidak meminta hadiah Krismas cuma mengharap agar aku sampaikan ini kepada kamu.
Ho ho ho! Merry Christmas :)
Yang Benar,
Santa.
Aku langsung membuka balutan kotak dan di dalamnya ada seorang laki-laki. Dia memandang aku, senyum. Dia hulurkan tangan dan peluk aku dalam dakapannya. Semua akan baik-baik sahaja, katanya.
****
Aku celik mata tadi sambil senyum sumbing. Terlalu rindu, barangkali.
Akhir tahun, final exam. Stress? Biasa.
2 comments:
nikmati setiap inci kebahagian yang hadir selagi ia masih mengelilingi dirimu.
selamat berbahagia, dik jah.
Terima kasih paklang :)
Dik Jah nak tebuuuu *gaya gajah*
Post a Comment